Barack Obama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Barack Obama
President Barack Obama.jpg

Memegang jawatan
20 Januari 2009
Naib Presiden Joe Biden
Didahului oleh George W. Bush

Tempoh jawatan
4 Januari 2005 – 16 November 2008
Didahului oleh Peter Fitzgerald
Diganti oleh Roland Burris

Ahli Senat Illinois
dari daerah
Tempoh jawatan
8 Januari 1997 – 4 November 2004
Didahului oleh Alice Palmer
Diganti oleh Kwame Raoul

Lahir 4 Ogos 1961 (53 tahun)
Honolulu, Amerika Syarikat
Parti politik Parti Demokrat
Pasangan Michelle Obama (berkahwin 1992)
Anak Malia Ann (lahir 1998)
Natasha (Sasha) (lahir 2001)
Kediaman Rumah Putih, Amerika Syarikat
Alma mater Occidental College
Columbia College
Harvard Law School
Profesion Peguam
Ahli politik
Religion Protestan (United Church of Christ)
Tandatangan
Laman web The White House

Barack Hussein Obama II (lahir 4 Ogos 1961) adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 dan terkini. Beliau merupakan orang Amerika Afrika pertama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat, serta yang pertama lahir di Hawaii. Sebelum ini, Obama merupakan senator muda dari Illinois sebelum meletakkan jawatan pada 16 November 2008 untuk bertanding dalam pilihan raya presiden. Selepas menang, Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat di Kapitol Amerika Syarikat pada 20 Januari 2009. Pada 9 Oktober 2009 pula, Obama diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2009 untuk "usaha luar biasanya dalam menguatkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama di antarabangsa".[1]

Obama adalah graduan Columbia University dan Harvard Law School, di mana beliau menjadi presiden kepada jurnal Harvard Law Review. Obama juga pernah bekerja sebagai pengurus komuniti dan membuka praktik guaman sebagai seorang peguam hak asasi sebelum berkhidmat selama tiga penggal di dalam Senat Illinois dari tahun 1997 hingga 2004. Beliau mengajar undang-undang perlembagaan di University of Chicago Law School sejak tahun 1992 sampai 2004. Berikutan daripada percubaan yang gagal bagi mendapatkan satu kerusi di dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dalam tahun 2000, beliau telah mengumumkan kempennya bagi kerusi Senat A.S. di dalam bulan Januari 2003. Selepas kemenangan pertama pada bulan Mac 2004, Obama telah menyampaikan ucapan dasar di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan pada bulan Julai 2004. Beliau telah dipilih mewakili Senat pada bulan November 2004 dengan 70 peratus undi.

Sebagai ahli minoriti Demokrat di Kongres ke-109, beliau menyokong sepenuhnya perundangan mengawal senjata konvensional dan memupuk lebih kebertanggungjawaban awam dalam penggunaan dana persekutuan. Beliau juga mengadakan lawatan rasmi ke Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika. Pada Kongres ke-110, Obama telah menyokong perundangan mengenai melobi dan penipuan pengundian, perubahan iklim, pengembangan nuklear, dan kebajikan untuk anggota tentera A.S. yang sudah kembali. Semenjak mengumumkan kempen presiden pada bulan Februari 2007, Obama menekankan penamatan perang Iraq, peningkatan ketakbersandaran tenaga, dan penyediaan penjagaan kesihatan sejagat sebagai keutamaan negara. Obama mengumumkan di dalam kempen presidennya pada bulan Februari 2007, dan telah dipilih secara rasmi di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan 2008 dengan senator dari Delaware, Joe Biden, sebagai calon pasangan beliau.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Barack Obama dilahirkan di Pusat Perubatan Kapi'olani untuk Wanita & Kanak-kanak di Honolulu, Hawaii,[2][3] oleh ibunya Ann Dunham, seorang wanita kulit putih dari Wichita, Kansas[4] yang berdarah Inggeris dan Irish.[5][6] Bapanya, Barack Obama Sr, pula berketurunan Luo dari Kenya.

Keluarga Ann Dunham berpindah ke Pulau Hawaii. Ibunya bertemu bapanya yang pada masa itu belajar di Universiti Hawaii di Mānoa, di mana bapanya seorang pelajar tajaan Kenya.[7][8] Pasangan ini berkahwin pada 2 Februari 1961.[9] Pada 4 Ogos 1961, Obama dilahirkan di Honolulu. Dua tahun kemudian, ibu bapa Obama berpisah.[8] Bapanya meninggalkan keluarga untuk melanjutkan pelajaran di Harvard. Bapa Obama kemudian kembali ke Kenya untuk bekerja sebagai ahli ekonomi kerajaan. Obama hanya bertemu bapanya sekali semasa berumur 10 tahun sebelum bapanya maut dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1982.[10]

Selepas bercerai, Dunham berkahwin dengan pelajar Indonesia Lolo Soetoro yang belajar di sebuah kolej di Hawaii. Obama pada ketika itu berusia 6 tahun. Apabila Soeharto berkuasa pada tahun 1967, semua pelajar di luar negara dipanggil pulang dan Obama sekeluarga berpindah ke Indonesia.[11] Di sana Obama belajar di sekolah tempatan di Jakarta seperti Sekolah Awam Besuki dan Sekolah St. Francis Assisi sehingga beliau berumur 10 tahun.

Kanan ke kiri: Barack Obama dan saudara tiri perempuannya Maya Soetoro-Ng, bersama ibu mereka Ann Dunham dan datuk Stanley Dunham di Hawaii (awal tahun 1970an)

Beliau kemudian kembali ke Honolulu untuk tinggal bersama datuk dan nenek sebelah ibunya, Madelyn dan Stanley Dunham, dan pada masa yang sama belajar di Sekolah Punahou daripada gred lima pada tahun 1971 sehingga beliau tamat sekolah menengah pada tahun 1979.[12] Ibu Obama kembali ke Hawaii pada tahun 1972 untuk lima tahun dan pada tahun 1977 balik ke Indonesia di mana dia bekerja dalam bidang antropologi. Ibunya menghabiskan hampir semua sisa hidupnya di Indonesia sebelum kembali ke Hawaii pada tahun 1994. Dia meninggal kerana kanser ovari pada tahun 1995.[13]

Obama meninggalkan Hawaii dan berpindah ke Los Angeles pada tahun 1979 untuk menyambung pelajaran di Kolej Occidental. Selepas dua tahun, dia berpindah ke Universiti Columbia di Bandar Raya New York pada tahun 1981, di mana dia mengambil jurusan sains politik dengan pengkhususan dalam perhubungan antarabangsa. Dia menamatkan pelajaran sarjana mudanya pada tahun 1983. Selepas graduasi, dia bekerja selama setahun dengan Business International Corporation dan kemudian sebagai penulis kewangan dengan syarikat perunding New York Public Interest Research Group.

Dalam buku pertamanya Dreams from My Father, Obama menulis tentang kekeruan zaman remajanya pada waktu dia cuba memahami warisan darah campuran yang masih menjadi satu kejanggalan di Amerika Syarikat. Latar belakangnya yang mempunyai budaya yang berbeza telah menjadikan Obama mempunyai pandangan yang luas yang dapat membantunya dalam politik.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1985, Obama berhenti daripada kerjanya sebagai penulis kewangan dengan syarikat perunding antarabangsa di New York dan berpindah ke Chicago. Di sana, beliau bekerja sebagai penganjur kepada komuniti gabungan gereja tempatan di kawasan selatan bandar raya, iaitu di kawasan penempatan Afrika-Amerika yang miskin teruk. Obama bersama-sama penduduk tempatan menyuarakan isi hati berkenaan isu seperti pembangunan semula ekonomi, latihan kerja, dan usaha membersihkan persekitaran. Dari sini, beliau dapat melihat peranan utamanya sebagai pemangkin yang menggerakkan orang ramai dari bawah ke atas untuk memperkasakan ekonomi dan politik.

Selepas tiga tahun, Obama mendapati semua usaha untuk meningkatkan keupayaan satu-satu komuniti yang amat memerlukan pertolongan dari segi perundangan hanya akan dapat dicapai jika mendapat perhatian peringkat atasan. Dari situ, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Undang-undang Harvard dan berjaya dipilih sebagai presiden pelajar kulit hitam yang pertama di Harvard Law Review serta lulus magna cum laude pada tahun 1991.

Dengan kelayakan undang-undang, Obama boleh membuat apa sahaja yang dia ingini. Dia kembali ke Chicago untuk menjalankan latihan praktikal guaman undang-undang hal ehwal awam dan mengajar subjek undang-undang perlembagaan di Universiti Chicago. Pada tahun 1992, dia berkahwin dengan Michelle Robinson yang juga lulusan Undang-undang Harvard dan bekerja sebagai pendaftar pengundi di Chicago untuk membantu calon-calon Demokrat seperti Bill Clinton.

Pada tahun 1996, Obama mengambil keputusan untuk bertanding pada pemilihan senat dan memenangi kerusi bagi Chicago dalam senat negeri Illinois. Beliau mengambil alih jawatan Senat daripada Alice Palmer. Obama dipilih lagi sebagai mewakili kerusi Senat Illinois pada tahun 1998 dengan mengalahkan calon Republikan Yesse Yehudah dan dipilih lagi pada tahun 2002.

Memasuki politik nasional[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000, Obama bertanding buat kali pertama kerusi Dewan Perwakilan Kongres yang dijawat oleh ahli Demokrat dari Chicago, Bobby Rush, tetapi gagal. Kecewa dengan kekalahan tersebut dan mencari pengaruh luar daripada perundangan negeri Illinois, beliau telah dapat meyakinkan Michelle tentang ideanya untuk bertanding kerusi Senat dalam “strategi menang atau keluar” sebagai peluang terakhirnya untuk memajukan kerjaya politiknya.

Apabila Peter Fitzgerald, penjawat jawatan tersebut pada ketika itu mengumumkan bahawa dia tidak akan bertanding semula untuk kerusi Senat pada tahun 2004 di Illinois; kerusi tersebut menyaksikan perebutan sengit. Obama bersama enam anggota Demokrat dan lapan Republikan bertanding dalam pilihan raya pemilihan pendahuluan parti masing-masing bagi pencalonan senator. Obama dengan mudah telah mendapat pencalonan Demokrat dengan kemenangan tinggi sebanyak 53 peratus, berbanding gabungan ke enam-enam calon lawannya.

Kemenangan bergaya Obama menaikkan namanya sebagai bintang baru parti Demokrat; dan spekulasi bermula tentang masa depan beliau yang cerah sebagai bakal presiden.

Pada bulan Julai 2004, Obama menulis dan menyampaikan ucaptama di Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat di Boston, Massachusetts. Walaupun tidak disiarkan di tiga siaran berita utama, lebih kurang 9.1 juta penonton mendengar ucapan Obama dan ini menaikkan bintangnya yang semakin menyinar dalam parti Demokrat.

Obama mengangkat sumpah sebagai senator pada 4 Januari 2005. Dia merupakan senator berketurunan Afrika Amerika kelima dalam sejarah Amerika Syarikat dan ketiga yang dilantik secara popular.

Kempen presiden 2008[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Februari 2007, Obama mengumumkan pencalonan beliau sebagai presiden Amerika Syarikat di hadapan bangunan lama Capitol di Springfield, Illinois. Pemilihan tempat pengumuman itu dianggap simbolik kerana tapak itu pernah menjadi tempat Abraham Lincoln menyampaikan ucapan bersejarah "House Divided" pada tahun 1858. Sepanjang kempen, Obama menekankan isu seperti menghentikan Perang Iraq, meningkatkan pembebasan daripada penggunaan tenaga dan memberi penjagaan kesihatan universal; sehingga pada suatu ketika beliau mengenalpasti tiga isu ini sebagai keutamaan.

Pada mulanya, Obama dan tujuh calon lain mengaturkan pencalonan masing-masing untuk calon presiden dari parti Demokrat pada tahun 2007. Namun, kempen presiden akhirnya menyaksikan hanya Obama dan Senator Hillary Rodham Clinton bersaing. Sepanjang kempen, Obama berjaya mendahului dalam meraih sokongan golongan muda, organisasi kempen yang lebih teratur di peringkat akar umbi, dan penubuhan tabung melalui Internet.

Obama menggunakan strategi inovatif untuk mengalahkan Clinton iaitu dengan memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang menggunakan kokus untuk memilih calon dan secara tradisi menyokong Republikan. Strategi ini memanfaatkan system perwakilan berkadar parti Demokrat – yang menganugerahkan jumlah undi delegasi konvensyen di setiap negeri mengikut perkadaran peratusan undi calon – bertentangan dengan sistem parti Republikan yang menganugerahkan kebanyakan atau semua undi delegasi konvensyen kepada pemenang di setiap negeri.

Strategi ini terbukti berkesan apabila pada 3 Januari 2008, Obama berjaya mengalahkan Clinton di kokus Iowa. Kemenangan ini merupakan detik perubahan arah di mana Obama sebelum ini diletakkan di tempat kedua di bawah Clinton sebagai calon yang akan menang. Pada 3 Jun, dengan semua negeri sudah dikira, Obama dinama sebagai calon presiden parti Demokrat dan menyampaikan ucapan kemenangan di St. Paul, Minnesota. Clinton mengakhiri kempennya dan mengumumkan menyokong Obama pada 7 Jun.

Obama terus menumpukan kepada kempen pilihan raya umum menentang Senator John McCain dari parti Republikan. Pada 23 Ogos 2008, dia mengumumkan Senator Joe Biden dari Delaware sebagai calon naib presiden. Semasa konvensyen Demokrat, yang diadakan pada 25-28 Ogos di Denver, Colorado, Hillary Clinton menyeru delegasi dan penyokongnya menyokong Obama dan dia serta Bill Clinton memberi ucapan di konvensyen yang menyokong Obama. Obama menyampaikan ucapan penerimaan kepada lebih 75,000 orang penyokong dan membentangkan matlamat dasarnya. Dalam proses menghadapi pilihan raya umum, kempen Obama mencipta rekod dalam mengumpul dana terutamanya jumlah sumbangan kecil.

Selepas McCain dicalonkan sebagai calon presiden dari Republikan, tiga debat presiden dibuat di antara pesaing sepanjang bulan September dan Oktober 2008. Pada bulan November, Obama menang jawatan presiden dengan 52.9% undi popular berbanding 45.7% bagi McCain; dan 365 undi pemilih berbanding 173 yang diperoleh McCain. Obama menjadi rakyat Afrika Amerika pertama dipilih sebagai presiden; dia menyampaikan ucapan kemenangan di hadapan ratusan ribu penyokong di Taman Grant di Chicago.

Kepresidenan[sunting | sunting sumber]

Hari-hari pertama[sunting | sunting sumber]

Pelantikan Obama sebagai Presiden ke-44 dan Joe Biden sebagai Naib Presiden, berlangsung pada 20 Januari 2009. Dalam beberapa hari pertama di pejabat, Obama mengeluarkan arahan eksekutif dan memo presiden mengarahkan penutupan kem tahanan Teluk Guantanamo secepat mungkin dan tidak lambat dari bulan Januari 2010. Obama juga mengurangkan kerahsiaan yang diberikan kepada rekod presiden dan menukar prosedur untuk pendedahan di bawah Akta Kebebasan Maklumat. Presiden juga menarik balik larangan George W. Bush bagi pembiayaan persekutuan kepada perniagaan asing yang membenarkan pengguguran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Peace 2009, Nobelprize.org
  2. Maraniss, David (August 24, 2008). "Though Obama Had to Leave to Find Himself, It Is Hawaii That Made His Rise Possible". Politics (Washington Post). Diperoleh pada 2008-10-27. 
  3. Serafin, Peter (March 21, 2004). "Punahou grad stirs up Illinois politics" (Article). Special to the Star-Bulletin (Honolulu Star-Bulletin). Diperoleh pada November 30 2008. 
  4. "Born in the U.S.A.". FactCheck. August 21, 2008.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  5. Hutton, Brian (May 3, 2007). "For sure, Obama's South Side Irish". Politics (The Chicago Sun-Times). Diperoleh pada 2008-11-23. 
  6. "Tiny Irish Village Is Latest Place to Claim Obama as Its Own - washingtonpost.com". Washingtonpost.com. Diperoleh pada 2008-11-08. 
  7. Obama (1995, 2004), ms. 9–10. Untuk sedutan buku, lihat "Barack Obama: Creation of Tales". East African. 2004-11-01. Diarkibkan daripada asal pada 2007-09-27. Diperoleh pada 2008-04-13. 
  8. 8.0 8.1 Jones, Tim (2007-03-27). "Obama's mom: Not just a girl from Kansas: Strong personalities shaped a future senator". Chicago Tribune, reprinted in The Baltimore Sun. Diperoleh pada 2008-10-27. 
  9. Ripley, Amanda (2008-04-09). "The Story of Barack Obama's Mother". Time. Diperoleh pada 2007-04-09. 
  10. Merida, Kevin (2007-12-14). "The Ghost of a Father". Washington Post. Diperoleh pada 2008-06-24.  Lihat juga: Ochieng, Philip (2004-11-01). "From Home Squared to the US Senate: How Barack Obama Was Lost and Found". East African. Diarkibkan daripada asal pada 2007-09-27. Diperoleh pada 2008-06-24.  Pada bulan Ogos 2006, Obama menerbangkan keluarga dari Chicago untuk bersama-samanya melawat tempat lahir ayahnya di sebuah kampung berdekatan Kisumu di kawasan barat pedalaman Kenya.Gnecchi, Nico (2006-02-27). "Obama Receives Hero's Welcome at His Family's Ancestral Village in Kenya". Voice of America. Diarkibkan daripada asal pada 2008-01-16. Diperoleh pada 2008-06-24. 
  11. Obama (1995, 2004), ms. 44–45.
  12. Serafin, Peter (2004-03-21). "Punahou Grad Stirs Up Illinois Politics". Honolulu Star-Bulletin. Diperoleh pada 2008-04-13.  See also: Obama (1995, 2004), Bab 3 dan 4.
  13. Ripley, Amanda (2008-04-09). "The Story of Barack Obama's Mother". Time. Diperoleh pada 2008-06-24.  Lihat juga: Suryakusuma, Julia (2006-11-29). "Obama for President... of Indonesia". Jakarta Post. Diperoleh pada 2008-06-24. 
Petikan

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sisterlinks-author

Laman web rasmi
Senat Illinois
Didahului oleh
Alice J. Palmer
Senator Negeri Illinois dari Daerah ke-13
8 Januari 19974 November 2004
Diikuti oleh:
Kwame Raoul
Senat Amerika Syarikat
Didahului oleh
Peter Fitzgerald
Senator Amerika Syarikat (Kelas 3) daripada Illinois
4 Januari 2005 – sekarang
Berkhidmat bersama: Richard Durbin
Pemegang jawatan kini
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Carol Moseley Braun
Calon Parti Demokratik untuk Senator dari Illinois
(Kelas 3)

2004
Diikuti oleh:
Terkini
Didahului oleh
John Kerry
Calon Presiden Parti Demokratik
(andaian)

2008
Diikuti oleh:
Penyandang
Susunan keutamaan di Amerika Syarikat
Didahului oleh
Mel Martinez
Senator AS mengikut kekananan Diikuti oleh:
Ken Salazar