Siddiq Ghouse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Siddiq bin Mohamad Ghouse merupakan Setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad selama tujuh tahun. Siddiq dilantik sebagai Setiausaha politik ketika Dr Mahathir menjadi Menteri Pelajaran pada 1974. 1974-1975 adalah tahun-tahun kebangkitan semula komunis buat kali kedua .

Siddiq Ghouse ditahan pada 13 Julai 1981, tiga hari sebelum Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia (16 Julai 1981). [1]

Agen perisik KGB[sunting | sunting sumber]

Beliau didakwa menjadi agen perisik KGB dari Kesatuan Soviet di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu ialah Tan Sri Ghazali Shafie.

Pada 13.7.1981, Kerajaan Malaysia telah mengusir keluar serta-merta tiga orang pegawai Kedutaan Soviet di Kuala Lumpur kerana kesalahan pengintipan. Perisik KGB yang diusir ialah G.I. Stepanor, Setiausaha Pertama Kedutaan Soviet; Encik V.P.Romanov, Setiausaha Kedua Kedutaan Soviet dan seorang kakitangan bukan diplomatik di bahagian ekonomi kedutaan Soviet iaitu Z.L. Khamidauline.

Tan Sri Ghazali Shafie selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam sidang media memaklumkan bahawa polis merampas alat-alat yang dibekalkan oleh agen-agen KGB kepada Siddiq Ghouse. Sejak beberapa bulan Siddiq dan tiga orang agen bertemu tetapi tidak ada yang maklumat yang bocor. [2]

Pada 30 Julai 1981, Dr Mahathir membebaskan 21 orang tahanan ISA.

Rujukan[sunting | sunting sumber]