Sifar mutlak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sifar mutlak ditakrifkan sebagai -273.15 °C atau 0 K.

Sifar mutlak (Inggeris: absolute zero) ialah suhu yang paling rendah yang boleh dicapai. Lebih tepat lagi, sifar mutlak ialah suhu di mana entropi mencapai nilai minimum. Hukum-hukum termodinamik mengatakan bahawa sifar mutlak tidak boleh dicapai hanya dengan cara-cara termodinamik. Sistem pada suhu hampir sifar masih memiliki tenaga titik sifar kuantum mekanik, iaitu tenaga keadaan dasarnya. Tenaga kinetik keadaan dasar tidak boleh dikeluarkan. Namun, dalam tafsiran klasik, tenaga kinetiknya sifar dan tenaga terma jirim itu hilang.)

Titik sifar bagi mana-mana skala suhu termodinamik, misalnya skala Kelvin atau skala Rankine, ditetapkan pada sifar mutlak. Melalui persetujuan antarabangsa, sifar mutlak ditakrifkan sebagai 0 K dalam skala Kelvin dan -273.15° dalam skala Celsius.[1][2] Ini bersamaan dengan -459.67° dalam skala Fahrenheit[3] dan 0 R dalam skala Rankine.[2] Para saintis telah berjaya mencapai suhu yang sangat hampir dengan sifar mutlak. Jirim-jirim pada suhu ini memiliki sifat-sifat kuantum seperti pengaliran super dan kebendaliran super.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Unit of thermodynamic temperature (kelvin)". SI Brochure, 8th edition. Bureau International des Poids et Mesures. 13 March 2010 1967. m/s. Section 2.1.1.5. Check date values in: |date= (bantuan) Nota: Titik tigaan air ialah 0.01 °C, bukannya 0 °C; oleh itu 0 K ialah −273.15 °C, bukannya −273.16 °C.
  2. ^ a b Arora, C. P. (2001). Thermodynamics. Tata McGraw-Hill. m/s. Table 2.4 page 43. ISBN 0-07-462014-2.
  3. ^ Zielinski, Sarah (1 January 2008). "Thermometer". Smithsonian Institution. Dicapai pada 2012-01-26.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.