Tenaga titik sifar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tenaga titik sifar (Inggeris: zero-point energy), juga dikenali sebagai tenaga titik sifar vakum kuantum, ialah tenaga yang paling rendah yang boleh dimiliki satu sistem fizik mekanik kuantum; ia adalah tenaga keadaan asasnya. Semua sistem mekanik kuantum mengalami turun naik walaupun dalam keadaan asasnya dan mempunyai tenaga titik sifar yang dikaitkan, kesan daripada sifat seperti gelombangnya. Prinsip ketidaktentuan memerlukan setiap sistem fizik memiliki tenaga titik sifar yang lebih daripada minimum telaga kemampuan klasiknya. Ini menyebabkan adanya pergerakan walaupun pada suhu sifar mutlak. Misalnya, helium cecair tidak membeku dalam keadaan atmosfera biasa dalam sebarang suhu disebabkan tenaga titik sifarnya.

Konsep tenaga titik sifar telah dibangunkan di Jerman oleh Albert Einstein dan Otto Stern pada tahun 1913, sebagai satu istilah pembentulan yang ditambah kepada formula berasas sifar (zero-grounded) oleh Max Planck pada tahun 1900.[1][2] Istilah tenaga titik sifar berasal daripada perkataan Jerman Nullpunktsenergie.[1][2] Bentuk lain bagi istilah Jerman ini ialah Nullpunktenergie (tanpa "s").

Tenaga vakum ialah tenaga titik sifar bagi semua medan di angkasa, yang di dalam Model Standard melibatkan medan elektromagnet, medan tolok lain, medan fermion dan medan Higgs. Ia adalah tenaga bagi vakum, yang dalam teori medan kuantum ditakrifkan bukan sebagai ruang kosong, tetapi sebagai keadaan asas bagi medan-medan. Dalam kosmologi, tenaga vakum mungkin adalah salah satu penjelasan bagi pemalar kosmologi.[3] Istilah yang berkaitan ialah medan titik sifar, iaitu keadaan tenaga terendah suatu medan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan laidler tidak disediakan
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan einstein1913 tidak disediakan
  3. Rugh, S. E.; Zinkernagel, H. (2002). "The Quantum Vacuum and the Cosmological Constant Problem". Studies in History and Philosophy of Modern Physics, vol. 33 (4): 663–705. arXiv:hep-th/0012253. doi:10.1016/S1355-2198(02)00033-3. 
  4. Gribbin, J. (1998). Q is for Quantum: An Encyclopedia of Particle Physics. Touchstone Books. ISBN 0-684-86315-4. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.