Silat Sekebun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Silat Sekebun dikatakan berasal dai daerah Pagar Ruyong, Sumatera dan mula diperkenalkan di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan pada awal tahun 1900 oleh Che Soh ataupun Sayid Muhammad Yusuf. Setelah Che Soh meninggal dunia pada tahun 1930-an, Silat Sekebun dikembangkan oleh murid beliau iaitu Che Isa dan Pak Him. Diantara murid beliau yang lain ialah Haji Ismail bin Haji Omar, Haji Abdullah bin Haji Salleh, dan Haji Said bin Hassan.

Che Isa mula mengajar Silat Sekebun di Kampung Salur, iaitu kampung beliau diri, Beliau meninggal dunia pada tahun 1941 ketika berusia 68 tahun. Diantara murid beliau ialah Che Mud bin Che Man yang dilantik sebagai penggantinya dan Che Mansor bin Che Isa yang menjadi pembantu kanan Che Mud.

Che Mud dan Che Mansor mula mempelajari Silat Sekebun ketika berumur 15 tahun dan telah belajar selama 13 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

EJAAN UNTUK NAMA CHE MUD ADA KESILAPAN..EJAAN NAMA SEBENAR ADALAH CHE MOOD BIN CHE MAN - DARI ANAK LELAKI BONGSU ALLAHYARHAM

- ZULKIFLI CHE MOOD