Sistem Pengurusan Kokurikulum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk melihat imej besar, sila dwiklik pada imej.

Pengurusan Kokurikulum yang sistematik boleh dilaksanakan melalui penggunaan Sistem Pengurusan Kokurikulum (SPK). Sistem ini juga bergantung rapat dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM) kerana nama-nama murid diperoleh dari sistem ini.

Guru-guru dengan mudah boleh menyusun murid-murid mengikut Rumah Sukan, Kelab/Persatuan, Permainan dan Unit-unit Beruniform. Murid-murid yang hadir aktiviti akan direkod kehadiran melalui sistem ini, begitu juga dengan rekod aktiviti. Murid-murid yang berjaya dalam aktiviti kokurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kurikulum pihak sekolah dengan mudah dapat mengeluarkan sijil-sijil penghargaan dan kemenangan tanpa perlu menaip semula nama-nama murid.

Jawatan-jawatan murid dalam persatuan, kelab dan badan beruniform juga boleh direkod dan disimpan, dipapar dan dicetak untuk pelbagai tujuan.

Sistem yang dibina oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda ini telah diguna secara meluas di Sekolah Kebangsaan Chukai dan di sekolah-sekolah rendah yang telah membeli pakej e-Sekolah. e-Sekolah meliputi SMM (Sistem Maklumat Murid), SPP(Sistem Pengurusan Peperiksaan, SPD (Sistem Pengurusan Disiplin), SPK (Sistem Pengurusan Kokurikulum), PLBS (Pentaksiran Lisan) dan SLAB (Sistem Laporan Adab Belajar).