Sistem apotekari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sistem jisim apotekari ialah sebuah sistem usang yang dahulu digunakan oleh para apotekari (kini dipanggil ahli farmasi atau ahli kimia) di negara-negara yang bertuturan bahasa Inggeris. Sistem ini berkait dengan sistem-sistem avoirdupois dan troy Inggeris, kerana sistem-sistem ini menggunakan unit jisim grain yang sama. Kekadangnya, "ap" ditambahkan pada pangkal unit untuk mengenal pastinya sebagai sebahagian sistem apotekari (singkatan untuk avoirdupois ialah "av"). Sistem-sistem yang serupa juga digunakan di negara-negara Eropah yang lain.

Pada separuh pertama abad ke-20, sistem apotekari digantikan dengan sistem metrik. Di Amerika Syarikat, ia kekadang masih digunakan, umpamanya untuk ubat-ubat yang dijual dalam botol-botol enam auns ( vi).

Unit Simbol Pembahagian Grain Gram
Paun lb 12 auns 5760 373.24172
Auns 8 dram 480 31.103477
Dram (unit), Drachm ʒ 3 skrupel 60 3.8879346
Skrupel 20 grain 20 1.2959782
Grain G 1 0.06479891

Selepas pengenalan gelen imperial pada tahun 1824, sesetengah apotekari Inggeris mulai menggunakan sebuah sistem isi padu yang amat berkait dengan sistem jisim kerana terdapat kesetaraan yang lebih kurang sama antara berat dengan isi padu air dan cecair-cecair yang serupa. Sistem apotekari dibatalkan pada 1 Januari 1971 secara rasmi selepas tidak lagi digunakan.

Unit Simbol Pembahagian Minim Mililiter
Gelen gal. 8 pain 76800 4,546.09 (4.55 l)
Pain pt. 20 auns 9600 568.261
Auns oz. 8 drachm 480 28.413
Drachm dr. 3 skrupel 60 3.551633
Skrupel sc. 20 minim 20 1.183878
Minim min. 1 0.059194 (59.2 µl)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]