Sistem pengurusan kandungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sistem pengurusan kandungan (Bahasa Inggeris: content management system (CMS)) ialah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web.

Sistem pengurusan kandungan web biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal, dan menerbitkan dokumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna, manual teknikal, panduan jualan, dan risalah-risalah penjualan. Sebuah sistem pengurusan kandungan boleh menyokong ciri-ciri berkenaan:

  • Mencipta dan mengimport dokumen serta bahan-bahan multimedia.
  • Mengenal pasti pengguna-pengguna utama serta tanggungjawab pengurusan kandungan mereka.
  • Kebolehan untuk membahagikan peranan serta tanggungjawab dalam kategori-kategori kandungan yang berbeza.
  • Mentakrifkan tugas-tugas penting supaya pengurus kandungan dapat diberitahu tentang sebarang pengubahsuaian dalam isi kandungan.


Sistem pengurusan kandungan web[sunting | sunting sumber]

Sistem pengurusan kandungan web ialah sebuah sistem komputer yang digunakan untuk mengurus dan mengawal koleksi dinamik sumber web yang besar (dokumen-dokumen HTML dan imej-imej yang berkaitan). Sebuah CMS mempermudahkan pengawalan dokumen, penyuntingan, dan waktu pengurusan. Sebuah CMS web menyediakan ciri-ciri berkenaan:

  • Reka bentuk automatik: Mencipta reka bentuk piawai yang boleh digunakan secara automatik kepada kandungan baru serta sedia ada. Ini membolehkan setiap laman mempunyai reka bentuk yang sama.
  • Kandungan yang mudah disunting: Sebaik sahaja kandungan anda diasingkan daripada reka bentuk laman web anda, ia boleh memudahkan kerja-kerja penyuntingan. Kebanyakan perisian CMS mempunyai alat penyuntingan WYSIWYG yang membolehkan kandungan disunting.
  • Modul dan panel: Kebanyakan CMS mempunyai modul dan panel yang boleh dipasang secara mudah untuk memperluaskan fungsi sesebuah laman web.
  • Peningkatan web: CMS yang aktif biasanya sentiasa mempunyai pengemaskinian untuk membolehkan set sentiasa diparas semasa.
  • Pengurusan Dokumen: Perisian CMS sentiasa membolehkan pengdokumentasian berlaku.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penggunaan terma Sistem Pengurusan Kandungan pada asalnya digunakan untuk penerbitan laman web dan sistem pengurusan. Sistem pengurusan kandungan awal dihasilkan untuk kegunaan dalaman organisasi-oganisasi yang banyak menerbitkan web. Contohnya seperti majalah dalam talian, surat-surat khabar, dan surat berita syarikat-syarikat korporat. Pada tahun 1995, CNET menjadikan sistem penerbitan dan pengurusan dokumen web menjadi sebuah syarikat berbeza iaitu Vignette. Hal ini membolehkan pasaran komersial sistem pengurusan kandungan untuk dibuka.

Dengan berlakunya evolusi pasaran, skop produk yang dipromosikan sebagai sistem pengurusan kandungan bertambah. Sistem Wiki juga dikategorikan sebagai sistem pengurusan kandungan.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Sebuah sistem pengurusan kandungan biasanya beroperasi di pelayan laman web berkenaan. Kebanyakan sistem menyediakan pengaksesan terkawal bagi pangkat-pengkat pengguna yang berbeza seperti penyelia, penyunting, dan pencipta kandungan. Akses selalunya melalui pelayar web dan sedikit penggunaan FTP untuk memuatnaik kandungan.

Pencipta kandungan menghantar dokumen mereka ke sistem. Penyunting memberi komen, menerima atau menolak dokumen. Pereka bentuk web mereka bentuk laman web. Ketua penyunting bertanggungjawab menerbitkan hasil kerja ke dalam laman web. Sistem Pengurusan Kandungan membantu menguruskan setiap langkah dalam hasil kerja ini termasuklah dalam tugas-tugas teknikal menerbitkan dokumen ke dalam pelayan web.

Kandungan serta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan laman web selalunya akan disimpan di dalam pelayan. Sistem pengurusan kandungan akan menyimpan rekod penyuntingan lama serta penyuntingan yang terkini.

Laman-laman yang dikawal dan diterbitkan melalui sistem pengurusan kandungan dapat dilihat oleh pengunjung yang melawat laman web berkenaan.

Dalam organisasi-organisasi besar, pelayan berasaskan dokumen perlu berkomunikasi dengan aplikasi komputer dan Pengurusan Dokumen Terbuka API untuk beroperasi. Hal ini memudahkan kerja serta menjimatkan masa dan kos dalam pengurusan dokumen secara keseluruhannya. Ia juga membantu perjalanan serta aplikasi dokumen-dokumen ini.[1]

Istilah pengelasan[sunting | sunting sumber]

Istilah-istilah berkenaan sentiasa digunakan dalam hubungan dengan sistem pengurusan kandungan web tetapi ia juga mungkin tidak boleh dianggap sebagai piawai atau sejagat:

  • Blok - Blok ialah pautan kepada satu seksyen dalam laman web. Blok selalunya dapat dilihat di semua laman dalam web atau hanya di halaman utama.
  • Modul - Kandungan modul ialah sebuah seksyen dalam laman web, contohnya sebuah koleksi artikel-artikel berita, seksyen soalan-soalan lazim (FAQ), dan sebagainya. Sesetengah sistem kandungan maklumat juga mempunyai modul-modul istimewa contohnya modul sistem dan pentadbiran.
  • Tema - Sebuah tema mengawal reka bentuk setiap laman dalam laman web. Contohnya mengawal reka bentuk warna dan aksara laman.

Jenis-jenis CMS[sunting | sunting sumber]

  • CMS berasaskan modul. Kebanyakan tugas dalam pengurusan dokumen disediakan oleh modul-modul CMS. Modul-modul asas adalah penyuntingan, pengubahsuaian dan penerbitan.
  • CMS berasaskan trasnformasi bahasa dokumen. Menyediakan fungsi-fungsi reka bentuk dan sebagainya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kelebihan ODMA

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Direktori tentang sistem yang boleh didapati