Wiki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wiki (Dengari/ˈwɪk/ WIK-ee) ialah sejenis tapak web yang membenarkan penggunanya menambah, mengubah, atau menghapus dokumen kandungannya melalui pelayar web, lazimnya menggunakan bahasa penanda atau penyunting kaya-teks yang dipermudah.[1][2]

"Wiki" ialah perkataan Hawaii bermakna "laju" atau "pantas".[3]

Ciri-ciri penting[sunting | sunting sumber]

Suatu web WikiWiki membolehkan dokumen dikarang secara bersama dalam bahasa penanda aturcara komputer mudah dengan menggunakan pelayar web. Oleh kerana kebanyakan wiki adalah berasaskan web, istilah "wiki" biasanya sudah memadai. Satu halaman di wiki dikenali sebagai "halaman wiki", manakala kandungan sepenuh halaman-halaman, biasanya luas terjalin, dipanggil "wiki".

"Wiki wiki" bermakna "laju" dalam bahasa Hawaii, dan ia adalah kepantasan mencipta dan mengemaskini laman yang menjadi asas teknologi wiki. Secara umumnya, tidak terdapat tapisan sebelum perubahan diterima, dan kebanyakan wiki adalah terbuka kepada umum atau sekurang-kurangnya kepada semua orang yang mempunyai capaian kepada pelayan wiki. Malah, pendaftaran akaun pengguna sering tidak diperlukan.

Halaman dan menyunting[sunting | sunting sumber]

Dalam wiki tradisional, setiap laman mempunyai 3 gambaran:

  • “kod sumber” yang boleh disunting, yang juga merupakan format ia disimpan dalam pelayan. Biasanya ia adalah dalam teks biasa (plain text), dan hanya dapat dilihat pengguna bila laman itu disunting dalam pelayar
  • templat (mungkin dijanakan secara dalaman) yang menentukan susun atur dan unsur-unsur yang sama untuk semua laman
  • kod HTML untuk dipaparkan yang dihasilkan pelayan bila sesuatu laman diminta.

Format sumber tersebut, juga dipanggil “tekswiki”, ditambah dengan bahasa penanda mudah untuk menunjukkan pelbagai struktur dan rupa lazim. Mungkin tanda yang paling biasa ialah penggunaan “ * ” di awal ayat untuk memaparkan senarai sesuatu. Gaya dan sintaksis boleh berbeza mengikut wiki, di mana sesetengahnya turut membolehkan teg HTML.

Sebab mengapa ia direka seperti ini ialah kerana HTML, dengan jumlah tegnya yang besar, adalah amat rumit untuk dibaca oleh manusia. Pengguna tidak dapat menyunting dengan kadar yang pantas, disamping ia mengalihkan perhatian dari kandungan sebenar laman-laman tersebut. Jadi adalah lebih baik menggalakkan suntingan teks-biasa dengan beberapa panduan mudah untuk struktur dan gaya. Malah kadang-kadang adalah lebih berfaedah jika pengguna tidak dapat menggunakan secara terus semua fungsi yang disediakan HTML, seperti JavaScript dan Cascading Style Sheets. Ini membolehkan rupa dan rasa wiki itu konsisten, serta lebih selamat.


Sintaksis Wiki (MediaWiki) HTML Hasil yang terpapar
"''Doctor''? No other title? A ''scholar''? And he rates above the civil authority?"

"Why, certainly," replied Hardin, amiably. "We're all scholars more or less. After all, we're not so much a world as a scientific foundation—under the direct control of the Emperor."

<p>

"<em>Doctor</em>? No other title? A <em>scholar</em>? And he rates above the civil authority?"
</p>
<p>
"Why, certainly," replied Hardin, amiably. "We're all scholars more or less. After all, we're not so much a world as a scientific foundation&mdash;under the direct control of the Emperor."
</p>

"Doctor? No other title? A scholar? And he rates above the civil authority?"

"Why, certainly," replied Hardin, amiably. "We're all scholars more or less. After all, we're not so much a world as a scientific foundation—under the direct control of the Emperor."

(Petikan di atas diambil dari novel Foundation oleh Isaac Asimov)

Walau bagaimanapun, sesetengah enjin wiki baru menyediakan suntingan "WYSIWYG", biasanya dengan menggunakan JavaScript atau kawalan ActiveX yang menterjemahkan arahan format yang dimasukkan secara grafik seperti "tebal" (bold) dan "condong" (italic) kepada teg HTML yang sesuai. Dalam perlaksanaan ini, menyimpan sesuatu suntingan bermakna menghantar versi baru laman tersebut dalam HTML kepada pelayan, di mana kod HTML tersebut tidak akan dilihat oleh pengguna. Sebaliknya pengguna yang tidak mempunyai plugin tersebut cuma boleh menyunting dengan menyunting kod mentah HTML laman tersebut.

Walaupun sintaksis piawai WikiWikiWeb telah digunakan bertahun-tahun, format arahan yang dibenarkan sesuatu wiki kini amat berbeza bergantung kepada enjin wiki yang digunakan. Wiki ringkas cuma membolehkan format teks biasa, manakala wiki yang lebih kompleks boleh memasukkan jadual, gambar, formula, ataupun unsur interaktif seperti undian dan permainan. Jadi, kini terdapat usaha untuk membentuk penanda piawai wiki seperti oleh MeatBall dan TikiWiki.

Memaut dan mencipta laman[sunting | sunting sumber]

Wiki merupakan satu medium hiperteks sebenar, dengan struktur pandu arah yang tidak linear. Setiap laman biasanya mempunyai banyak pautan ke laman lain; laman pandu arah hierarki biasanya wujud di wiki yang lebih besar, namun tidak semestinya digunakan. Pautan dicipta dengan menggunakan sintaksis khas, yang dipanggil "pola pautan" (link pattern).

Pada awalnya kebanyakan wiki menggunakan CamelCase sebagai pola pautan, yang dihasilkan dengan menulis dengan huruf pertama sebagai huruf besar dalam sesatu frasa dan merapatkan perkataan (perkataan "CamelCase" sendiri merupakan satu contoh). Walaupun CamelCase membolehkan pautan dicipta dengan mudah, ia menyebabkan pautan ditulis dalam bentuk yang berlawanan dengan tatabahasa. Wiki yang seperti boleh dikenali dengan mudah melalui banyak pautan dengan nama seperti "IsiKandungan" (TableOfContents) dan "SoalanPenggunaBaru" (BeginnerQuestions). Nota: Perisian wiki boleh membuatkan pautan tersebut "cantik" dengan menambah kembali jarak antara perkataan.

CamelCase mempunyai banyak kritikan, maka para pemaju wiki cuba mencari alternatif lain. Wiki pertama yang menggunakan "pautan percuma" (free link) ini ialah Cliki yang menggunakan _(format ini). Seterusnya pelbagai enjin wiki menggunakan tanda kurungan tunggal, tanda kurungan berkembar (sama ada kotak ataupun bulat), garis bawah, garis condong dan lain-lain. Pautan ke komuniti wiki yang berkaitan boleh dibuat dengan menggunakan satu pola pautan khas dipanggil InterWiki.

Laman baru biasanya dicipta dengan membuat pautan yang bersesuain di topik yang berkaitan. Jika pautan tersebut belum ada, ia dipanggil pautan merah (red link/broken link). Bila diklik, satu laman menyunting akan dipaparkan dan teks boleh dimasukkan. Mekanisme ini memastikan bahawa laman "yatim" (yang tidak mempunyai pautan kepadanya) jarang dicipta, dan umumnya setiap rencana adalah bersambung.

Mencari[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan wiki menyediakan sekurang-kurangnya pencarian judul, jika tidak pencarian teks penuh. Skala pencarian ini bergantung kepada sama ada enjin wiki tersebut menggunakan pangkalan data (database) ataupun tidak; capaian indeks sesuatu pangkalan data adalah perlu untuk carian pantas di wiki yang besar. Di Wikipedia, sejenis butang yang dipanggil "butang Pergi" membolehkan pembaca terus melihat laman yang memenuhi kriteria carian terdekat. Enjin carian MetaWiki telah dicipta untuk membolehkan carian dilakukan di beberapa wiki sekaligus.

Sistem wiki[sunting | sunting sumber]

Disebabkan oleh konsep wiki yang mudah (secara relatifnya), terdapat banyak jenis sistem wiki yang wujud, daripada yang melaksanakan fungsi asas sahaja kepada yang mempunyai sistem pengurusan kandungan yang canggih. Majoriti enjin wiki adalah perisian sumber terbuka, projek besar seperti TWiki dan MediaWiki (enjin Wikipedia) dibangunkan secara bersama. Kebanyakan wiki adalah bermodul, supaya pengaturcara tidak perlu memahami sepenuhnya pangkalan kod. Antara perisian wiki yang paling popular ialah UseMod, TWiki, MoinMoin, PmWiki dan MediaWiki.

Sistem wiki boleh berasaskan pelayan (server) atau pelanggan (client). Namun sistem berasaskan pelayan adalah lebih popular (Wikipedia menggunakan ini). Dalam sistem ini, pelayan menyediakan fungsi suntingan, paparan dan kawalan melalui enjin wiki yang akan menjanakan kod HTML untuk diberikan kepada pelayar web. Sistem berasaskan pelanggan pula biasanya memerlukan plugin untuk membolehkan pelayar web melakukan tugas-tugas di atas.

Mengawal kandungan[sunting | sunting sumber]

Mengawal pengguna[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Komuniti wiki[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Aronsson, Lars (2002). Operation of a Large Scale, General Purpose Wiki Website: Experience from susning.nu's first nine months in service. Paper presented at the 6th International ICCC/IFIP Conference on Electronic Publishing, November 6 - 8, 2002, Karlovy Vary, Czech Republic. Available at: http://aronsson.se/wikipaper.html

Benkler, Yochai (2002). Coase's penguin, or, Linux and The Nature of the Firm. The Yale Law Jounal. v.112, n.3, pp.369-446.

Cunningham, Ward and Leuf, Bo (2001): The Wiki Way. Quick Collaboration on the Web. Addison-Wesley, ISBN 0-201-71499-X.

Delacroix, Jérôme (2005): Les wikis, espaces de l'intelligence collective M2 Editions, Paris, ISBN 2-9520514-4-5. Web site : http://www.leswikis.com

Jansson, Kurt (2002): "Wikipedia. Die Freie Enzyklopädie." Lecture at the 19th Chaos Communications Congress (19C3), December 27, Berlin. Online description: http://de.wikipedia.org/wiki/Benutzer:Kurt_Jansson/Vortrag_auf_dem_19C3

Möller, Erik (2003). Loud and clear: How Internet media can work. Presentation at Open Cultures conference, June 5 - 6, Vienna. Available at: http://opencultures.t0.or.at/oc/participants/moeller

Möller, Erik (2003). Tanz der Gehirne. Telepolis, May 9-30. Four parts: "Das Wiki-Prinzip", "Alle gegen Brockhaus", "Diderots Traumtagebuch", "Diesen Artikel bearbeiten". Summary and table of contents: http://www.heise.de/newsticker/data/fr-30.05.03-000/

Remy, Melanie (2002). Wikipedia: The Free Encyclopedia. Online Information Review. v.26, n.6, pp.434

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. wiki, Ensiklopedia Britannica (London: Encyclopædia Britannica, Inc.) 1, 2007, diperoleh pada 10 April 2009 
  2. Mitchell, Scott (Julai 2008), Easy Wiki Hosting, Scott Hanselman's blog, and Snagging Screens, MSDN Magazine, diperoleh pada 9 Mac 2010 
  3. Hasan, Heather (2012), Wikipedia, 3.5 million articles and counting, Rosen Publishing, ms. 11, ISBN 9781448855575 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]