Sistem saraf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sistem saraf
TE-Nervous system diagram.svg
Sistem Saraf Manusia.
Latin systema nervosum

Sistem saraf ialah bahagian badan haiwan yang mengkoordinasi tindakan terkawal dan tidak terkawal dan menghantar isyarat di antara bahagian badannya yang berbeza. Tisu saraf pertama kali bangkit pada organisma kecacingan kira-kira 550 hingga 600 juta tahun lalu. Pada kebanyakan spesies haiwan, tisu ini terdiri daripada dua bahagian utama, sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi terutamanya terdiri daripada saraf, yang merupakan berkas serabut panjang atau akson, yang menyambungkan sistem saraf pusat dengan setiap bahagian lain badan. Sistem saraf periferi termasuk neuron motor, mengantarai pergerakan terkawal; sistem saraf autonomi, terdiri daripada sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik, yang mengawal atur fungsi tidak terkawal, dan sistem saraf enterik, yang berfungsi untuk mengawal sistem perut usus.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Anatomi haiwan