Sitokrom c

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Struktur tiga dimensi sitokrom c (hijau) dengan molekul hem menyelaras atom besi pusat (jingga).

Kompleks sitokrom (juga dikenali sebagai sitokrom c atau sit c sahaja) merupakan sejenis protein hem yang boleh dijumpai pada membran mitokondria dalam. Ia tergolong dalam keluarga sitokrom c protein. Sitokrom c adalah protein larut air yang sangat tinggi, tidak seperti sitokrom yang lain dengan keterlarutan kira-kira 100 g/L dan merupakan komponen penting dalam rantaian pengangkutan elektron di mana ia membawa satu elektron. Ia juga mampu menjalani proses pengoksidaan dan penurunan, tetapi tidak mengikat oksigen. Ia menghantar elektron diantara kompleks III (Koenzim Q – sit c reduktase) dan IV (Sit c oksidase). Pada manusia, sitokrom c dikodkan oleh gen CYCS.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Entrez Gene: cytochrome c". http://www.ncbi.nlm.nih.gov/sites/entrez?Db=gene&Cmd=ShowDetailView&TermToSearch=54205. 
  2. Tafani M, Karpinich NO, Hurster KA, Pastorino JG, Schneider T, Russo MA, Farber JL (Mac 2002). "Cytochrome c release upon Fas receptor activation depends on translocation of full-length bid and the induction of the mitochondrial permeability transition". J. Biol. Chem. 277 (12): 10073–82. doi:10.1074/jbc.M111350200. PMID 11790791. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]