Sousuke Takaoka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sōsuke Takaoka (Jepun: 高岡蒼甫, Hepburn: Takaoka Sōsuke, [1], sebelumnya dengan nama 高岡蒼佑,lahir 8 Februari 1982) ialah seorang pelakon Jepun yang kini menetap di Tokyo.

Takaoka kerap kali merebut watak pembantu yang kuat, memainkan watak golongan muda yang bergolak di pinggiran masyarakat. Ini mencerminkan watak-watak ikon pelakon kegemarannya, James Dean, malah berkongsi tarikh lahir yang sama.

Dia paling dikenali di Dunia Barat dengan persembahan meletupnya dalam wayang kontroversi Battle Royale , dalam wayang tersebut dia memegang watak Hiroki Sugimura (Budak #11) yang mencintai kedamaian. Takaoka kemudian beralih daripada wiraan pendiam kepada anti-wira yang aktif dalam paparan sudut kasar keganasan remaja, seperti dalam Concrete. Filem tersebut berdasarkan peristiwa-peristiwa pembunuhan sadis Junko Furuta oleh empat remaja pada tahun 1988.

Pada tahun 2006, disebabkan wataknya sebagai Honda yang suka mengkaji diri dalam Spring Snow, Takaoka menerima pencalonan Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Ribon Biru, sebuah majlis filem Jepun yang dihakimi oleh para pengkritik.

Pada 15 Jun 2007, dia mengahwini pelakon wanita Jepun Aoi Miyazaki, setelah bercinta dengannya selama tujuh tahun.

Filemografi terpilih[sunting | sunting sumber]


TV[sunting | sunting sumber]

Takaoka muncul dalam pelbagai drama TV sejak 1999.

Teater[sunting | sunting sumber]

Takaoka juga adalah seorang pelakon pentas dan muncul dalamThe Lieutenant of Inishmore pada Jun 2006.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]