Southern Bank

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Southern Bank merupakan sebuah bank yang di Malaysia dan peminjam kesembilan terbesar semasa menjadi salah satu dari sepuluh bank tunjang di Malaysia.

Pada tahun 2006 bank ini dibeli oleh Bumiputra-Commerce Holdings (BCHB). BCHB bercadang menyahsenaraikan bank ini dari senarai awam beserta dengan Bumiputra-Commerce dan CIMB (bahagian bank pelaburan). Oleh itu ketiga-tiga bank ini digabungkan sebagai sebuah bank sejagat dan dinamakan semula sebagai CIMB Bank.

Sebelum itu, bank ini turut dimiliki oleh OCBC Bank Singapura dengan pegangan sebanyak 3.3 %. Temasek Holdings memegang bank Malaysia ini secara langsung sebanyak 4.36 %, manakala gabungan unit lain di dalam kumpulan Temasek memiliki 3.22 %.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]