CIMB

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kumpulan CIMB
كومڤولن چيمب (Melayu)
Jenis Awam
Industri Perkhidmatan kewangan
Ibu pejabat Flag of Malaysia.svg Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama Tan Sri Dato' Md Nor Yusof, Pengerusi
Dato' Nazir Razak, Ketua Eksekutif Kumpulan
Produk Perbankan pengguna
Bank korporat
Perbankan pelaburan
Penyelidikan pelaburan
Hasil RM9.23 bilion(2007)
Pendapatan bersih RM3.7 bilion (2007)
Jumlah aset RM183.5 bilion(2007)
Pekerja 25,600 (2007)
Laman web http://www.cimb.com.my

Kumpulan CIMB (MYX: 1023) merupakan pembekal perkhidmatan kewangan yang kedua terbesar di Malaysia yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia melalui Bumiputra-Commerce Holdings Berhad (BCHB). Pada tahun 2004, CIMB memulakan proses membina sebuah bank sejagat yang kuat dan berdaya saing dengan ditunjangi Commerce International Merchant Bankers (CIMB), bank pelaburan yang terbesar di kawasannya. Bank CIMB merupakan hasil gabungan Bank Bumiputra-Commerce dan Southern Bank dengan CIMB, bank pelaburan paling banyak anugerah di Malaysia. Ini mengakibatkan penciptaan bank sejagat yang pertama di Malaysia.

CIMB Group telah berkembang dari jumlah pekerja seramai 1,000 orang di Malaysia kepada 20,000 orang di 12 negara manakala pelaburan pasarannya telah meningkat dari RM6.3 bilion kepada RM33.0 bilion. Berdasarkan harga pasaran pada 13 Mei 2008, BCHB merupakan yang ketiga terbesar di belakang Public Bank dan Maybank. Jumlah aset Kumpulan pula bertambah dari RM14.7 bilion kepada RM155 bilion dengan tambahan RM18 bilion lagi yang merupakan dana pihak ketiga dalam pengurusan.

Di Indonesia, perniagaan perbankan CIMB ditawarkan melalui PT Bank Niaga yang merupakan bank yang ketujuh besar di Indonesia berdasarkan aset. Laporan semasa menunjukkan yang Khazanah Nasional (pemilik saham besar BCHB) akan menggabungkan PT Bank Niaga dengan PT Bank Lippo di bawah skop BCHB disebabkan pengenaan peraturan yang entiti tunggal tidak boleh memiliki lebih dari satu lesen perbankan pada masa yang sama.

Kehadiran sedunia[sunting | sunting sumber]

Kumpulan CIMB mempunyai akarnya sebagai sebuah bank pelaburan perdana dan sebuah bank pengguna dengan rangkaian yang terbesar setempat. Ibu pejabat Kumpulan CIMB terletak di Malaysia dan hadir di beberapa buah negara. Kumpulan CIMB kini telah menjejaki Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, China, Bahrain, AS dan UK.

Pada 22 November 2006, Kumpulan CIMB melaksanakan sebuah cawangan yang lengkap di Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, untuk menyediakan perkhidmatan perbankan pengguna, perkhidmatan perbankan pelaburan, dan perkhidmatan perbankan Islam.

Entiti jenama[sunting | sunting sumber]

  • CIMB Bank Berhad (CIMB Bank, bank pengguna)
  • CIMB Investment Bank Berhad (CIMB, bank pelaburan)
  • CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic, bank Islam)
  • CIMB-Principal Asset Management Berhad (CIMB-Principal)
  • CIMB-Mapletree Management Sdn Bhd
  • CIMB-GK Pte. Ltd. (CIMB-GK, Singapura)
  • CIMB Futures Sdn Bhd
  • CIMB Private Equity
  • PT Bank CIMB Niaga TBK (CIMB Niaga)
  • CIMB Thai Bank Public Company Limited (CIMB Thai)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • 2006 Bank of the Year for Malaysia by The Banker[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]