Staf Am Angkatan Tentera Republik Islam Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Staf Am Angkatan Tentera Republik Islam Iran
Parsi: ستاد کل نیروهای مسلح جمهوری اسلامی ایران
Bendera Staf Am Angkatan Tentera
Penyandang
Mejar Jeneral Mohammad Bagheri
sejak 28 Jun 2016
Anggota bagiAngkatan Tentera Republik Islam Iran Edit the value on Wikidata
Lapor kepadaPejabat tentera Pemimpin Agung[1]
Bidang kuasaIran Edit the value on Wikidata
Dilantik olehPemimpin Agung Iran
Dibentuk26 September 1989
Pemegang pertamaMejar Jeneral Hassan Firouzabadi
Timbalan/naibBrigedier Jeneral Mohammadreza Gharaei Ashtiani
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Staf Am Angkatan Tentera Republik Islam Iran (Parsi: ستاد کل نیروهای مسلح جمهوری اسلامی ایران) adalah institusi tentera paling kanan di Iran, dengan matlamat untuk melaksanakan dasar, memantau dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti di dalam Angkatan Tentera.[2]

Dua angkatan bersenjata Iran yang berasingan, iaitu Tentera Republik Islam Iran (Arteš) dan Kor Pengawal Revolusi Islam (Sepāh) secara rasmi berada dibawah staf am; serta pasukan polis kebangsaan Iran, iaitu Pasukan Penguatkuasa Undang-Undang.[2]

Organisasi ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 untuk meningkatkan kerjasama dan mengimbangi persaingan antara angkatan tentera dan secara langsung dibawah arahan Pemimpin Agung Iran, manakala Kementerian Pertahanan dan Logostik Angkatan Tentera, bertanggungjawab bagi perancangan, logistik dan pembiayaan angkatan tentera adalah sebahagian daripada badan eksekutif dibawah Presiden Iran.[2]

Senarai Ketua Turus[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ron E. Hassner, penyunting (2013), Religion in the Military Worldwide, Cambridge University Press, m/s. 153, ISBN 1107512557
  2. ^ a b c Forozan first1=Hesam (2015), The Military in Post-Revolutionary Iran: The Evolution and Roles of the Revolutionary Guards, Routledge, m/s. 51–53, ISBN 9781317430742 Missing pipe in: |last1= (bantuan)