Stesen penyegitigaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stesen penyegitigaan di Hong Kong
Stesen penyegitigaan di Sierra de Guadarrama, Sepanyol

Stesen penyegitigaan, juga dikenali sebagai tiang penyetigaan, stesen trigonometri, titik trigonometri, berup trigonometri atau titik penyegitigaan, merupakan sejenis stesen ukur tanah tetap yang digunakan dalam kerja ukur geodesi dan lain-lain kerja ukur tanah di kawasan sekitar.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Lazimnya, stesen ini didirikan oleh pihak kerajaan setelah diketahuinya koordinat dan aras tinggi yang setepatnya. Kebanyakan stesen ini terletak di atas puncak bukit supaya mudah dilihat. Keping logam terukir di atas tiang boleh dijadikan tempat untuk memasang teodolit atau pemantul.

Stesen penyegitigaan dikumpulkan bersama untuk membentuk serangkaian penyegitigaan (atau triangulasi). Semua kedudukan sempadan daratan, jalan raya, landasan keretapi, jambatan dan prasarana yang sebagainya boleh ditentukan kedudukan yang setepatnya oleh rangkaian tersebut; ini adalah penting untuk pembinaan prasarana baru. Selain stesen-stesen yang didirikan oleh kerajaan, juga terdapat stesen penyegitigaan sementara yang didirikan dekat tapak pemibinaan untuk memantau kejituan dan perkembangan kerja pembinaan.

Sesetengah stesen menggunakan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) untuk lebih kejituan. Selain mengukur tanah, stesen penyegitigaan juga berguna kepada pengembara sebagai alat bantuan pandu arah ketika menaiki bukit.