Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Strange Case of Dr Jekyll
and Mr Hyde
Jekyll and Hyde Title.jpg
Halaman judul edisi London yang sulung (1886)
Pengarang Robert Louis Stevenson
Negara United Kingdom
Bahasa Inggeris
Penerbit Longmans, Green & Co.
Tarikh terbitan 5 Januari 1886
ISBN N/A

Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde (Kes Aneh Doktor Jekyll dan Encik Hyde) ialah judul asal bagi sebuah novela yang ditulis oleh Robert Louis Stevenson, penulis Scotland, yang diterbitkan buat pertama kali pada 1886. Sebutan asal Jekyll ialah "Jeekul" yang merupakan sebutan yang digunakan di Scotland, tempat lahir Stevenson. Karya itu kini lebih umum dikenali sebagai The Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde atau secara mudah sebagai Dr Jekyll and Mr Hyde.[1] Kisahnya mengenai Gabriel John Utterson, seorang peguam dari London yang menyiasat kejadian-kejadian yang aneh antara kawan lamanya, Dr Henry Jekyll,[2] dan Edward Hyde, seorang pembenci manusia.

Karya Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde sering dikaitkan dengan suatu keadaan mental yang jarang ditemui dan yang umum dikenali secara kurang tepat sebagai "personaliti berpecah". Keadaan itu merujuk kepada seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya dua personaliti yang berbeza. Dalam kes tersebut, Dr Jekyll mempunyai dua personaliti, satu yang baik dan satu yang jahat, dengan tahap kesusilaan antara kedua-dua personaliti itu langsung tidak serupa. Kesan novel itu sangat berpengaruh sehingga menjadi sebahagian perbendaharaan kata bahasa Inggeris, dengan ungkapan "Jekyll and Hyde" yang bermaksud seseorang yang mempunyai akhlak yang sangat berbeza dari satu keadaan ke keadaan yang lain.[3]

Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde mencapai kejayaan yang serta-merta sewaktu diterbitkan dan merupakan salah satu karya Stevenson yang terlaris. Padanan untuk pementasan kemudian dipersembahkan di Boston serta London dan dalam tempoh setahun sejak penerbitannya, novela itu telah mengilhami banyak filem dan persembahan pentas yang utama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Stevenson menerbitkan bukunya sebagai Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde (tanpa "The") atas alasan yang tidak diketahui, tetapi ia dikatakan bertujuan untuk meningkatkan "keanehan" kes tersebut (Richard Dury (2005)). Para penerbit yang kemudian membubuh "The" agar membetulkan judul buku itu daripada segi tatabahasa, tetapi itu bukanlah tujuan penulis yang asal. Cerita itu sering dikenali secara mudah pada hari ini sebagai Dr Jekyll and Mr Hyde dan juga Jekyll and Hyde.
  2. sebutan bahasa Inggeris: /ˈdʒiːkəl/ ialah sebutan orang Scotland tetapi /ˈdʒɛkəl/ ialah sebutan yang kini diterima secara umum.
  3. "Jekyll and Hyde definition | Dictionary.com". Dictionary.reference.com. http://dictionary.reference.com/browse/Jekyll%20and%20Hyde. Capaian 2009-05-28.