Subsidi Beras Untuk Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) ialah program memberi subsidi beras kepada rakyat jelata di Malaysia mulai 1 Disember 2009. Sistem e-Kasih diurus oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Noh Omar selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan senarai nama golongan miskin dalam sistem e-Kasih disemak semula dan dibuat pengesahan agar ia adil dan munasabah.

Setakat ini ia melibatkan 222 Urusetia Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) . Seramai 450,296 keluarga dan akan mencecah 500,000 keluarga akan mendapat manfaat daripadanya.

Kementerian menyediakan kira-kira RM50 juta sebulan untuk memberi subsidi beras kepada golongan yang memerlukannya dengan membekalkan 55,000 tan beras ST15 peratus ke seluruh negara bagi memastikan beras itu dijual pada harga tidak lebih RM1.80 sekilo.

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Ada bantahan segelintir masyarakat yang menyatakan Subur tidak menyeluruh, tidak merangkumi semua. Datuk Seri Syed Hamid Albar (BN-Kota Tinggi) di [Dewan Rakyat]] inginkan kepastian bahawa Subur telah ditangguhkan. Pada 6 April Subur ditangguhkan sementara waktu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]