Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
| Yang Berhormat Kota Tinggi Tan Sri Datuk Syed Hamid Albar |
|
|
Menteri Dalam Negeri
|
|
| Tempoh berjawat 18 Mac 2008 – 9 April 2009 |
|
| Didahului oleh | Mohd Radzi Sheikh Ahmad |
|---|---|
| Digantikan oleh | Hishamuddin Hussein |
|
|
|
|
|
|
| Tarikh lahir | 15 Januari 1944 |
| Tempat lahir | |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | |
| Agama | Islam |
| Laman web | http://www.syedhamidalbar.net |
Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar (lahir 15 Januari, 1944), adalah merupakan seorang ahli politik Malaysia dan mantan Menteri Dalam Negeri. Beliau adalah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, parti utama di dalam perikatan Barisan Nasional. Beliau pernah bekerja di bawah tiga Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau juga merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi. Beliau dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Malaysia. Bapanya Tan Sri Syed Jaafar Albar, juga merupakan ahli politik Malaysia. Syed Hamid berketurunan Arab-Minang (dari Syed Jaafar Albar, ayahnya berasal dari Sumatera Barat, Indonesia) Pada 2009, beliau digugurkan dari jemaah menteri Malaysia.
Kerjaya Politik [sunting]
Syed Hamid Albar telah aktif dalam UMNO semenjak zaman pelajar lagi. Sebagai seorang pelajar, beliau membina sebuah kelab bagi para ekspatriat dan pelajar dari Malaysia di London. Kemudian, beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam tahun 1986. Dalam tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia dan pada tahun 1999, beliau telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri sebelum menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri pada Mac 2008.
Pilihan raya Malaysia 2008 [sunting]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Syed Hamid Syed Jaafar Albar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kota Tinggi , negeri Johor. Syed Hamid Bin S Jaafar Albar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 22682.
Calon lawan ialah Onn bin Jaafar dari PAS mendapat 3,721 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Undi rosak sebanyak 653.
Rujukan [sunting]
| Penyandang Terdahulu | Menteri Pertahanan 1995– 1999 |
Penyandang Kemudian |
| Najib Tun Razak |
Najib Tun Razak |
| Penyandang Terdahulu | Menteri Luar Negeri 1999– 2008 |
Penyandang Kemudian |
| Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi |
Rais Yatim |
| Penyandang Terdahulu | Menteri Dalam Negeri 2008– Kini |
Penyandang Kemudian |
| Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad |
Penyandang |