Suhu Curie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang fizik dan sains bahan, suhu Curie (Tc ) atau titik Curie adalah satu suhu di mana bahan feromagnet atau ferimagnet menjadi paramagnet semasa dipanaskan. Kesan ini boleh dibalikkan. Satu magnet akan hilang kemagnetannya jika dipanaskan melebihi suhu Curie. Istilah ini juga digunakan untuk bahan piezoelektrik bagi merujuk kepada pengutuban spontan ynag hilang semasa pemanasan. Suhu serupa bagi bahan antiferomagnet dipanggil suhu Néel. Suhu Curie dinamakan sempena seorang ahli fizik, Pierre Curie.