Pierre Curie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pierre Curie, lebih kurang tahun 1906

Pierre Curie (15 Mei 1859 – 19 April 1906) ialah seorang ahli fizik Perancis, seorang pelopor kristalografi, magnetisme, kepiezoelektrikan dan keradioaktifan. Dalam tahun 1903, Pierre bersama-sama isteri beliau, Marie Curie, dan Henri Becquerel, dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fizik sebagai "pengiktirafan sumbangan luar biasa yang hasilkan daripada penyelidikan bersama mereka tentang fenomena sinaran yang ditemui Professor Henri Becquerel".