Sukuan sinus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukuan sinus

Sukuan sinus (Bahasa Arab: al-Rub‘ul mujayyab, الربع المجيب) ialah sejenis sukuan yang digunakan oleh ahli falak Islam pada Zaman Pertengahan. Alat ini dapat digunakan untuk mengukur sudut angkasa, untuk mengetahui masa, untuk mencari arah, atau menentukan kedudukan nyata sebarang objek angkasa pada sebarang masa. Namanya datang daripada perkataan bahasa Arab "rub'u" yang bermaksud suku dan "mujayyab" yang bermaksud ditandakan dengan sinus.[1] Ia telah digambarkan oleh Muhammad ibn Mūsā al-Khwārizmī di Baghdad pada kurun ke-9.[2]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Fail:Sighting the Pole Star.JPG
Penggunaan sukuan sinus untuk mengukur altitud objek angkasa. Perhatikan bahawa jari telunjuk tangan kiri bersedia untuk memakukan tali pada sukuan sebaik sahaja penglihatan bintang disempurnakan.
Fail:Taking the Measure.JPG
Membaca skala selepas mengambil altitud angkasa
Fail:Sun Sight.JPG
Mengukur altitud matahari dengan sukuan sinus. Perhatikan bahawa bayang-bayang bilah penglihatan dengan titik cahaya matahari di atas jari telunjuk pencerap

Alat ini adalah sukuan sebuah bulatan yang dibuat daripada kayu atau logam (biasanya loyang) yang dibahagikan kepada 90 bahagian atau darjah yang sama pada lengkoknya. The 90 divisions are gathered in 18 groups of five degrees each and are generally numbered both ways from the ends of the arc.90 bahagian itu dikumpulkan dalam 18 kumpulan lima darjah setiap satu kumpulan dan umumnya dinomborkan pada kedua-dua arah dari hujung lengkok. Iaitu, satu set nombor bermula di hujung kiri lengkok dan pergi ke 90 di hujung kanan manakala satu set lagi 0 berada pada kanan dan 90 berada di kiri. Penomboran bergu ini membolehkan alat ini mengukur altitud cakerawala atau jarak zenith atau kedua-duanya sekali.

Di mercu tempat dua belah bersenggat patern grid yang lurus bertemu pada sudut tepat, terdapat lubang pin yang bertali dan pemberat kecil pada hujung bebas dengan satu manik kecil yang meluncur sepanjang tali. Tali itu dipanggil “Khait” dan digunakan sebagai tali ladung ketika mengukur altitud cakerawala. Ia juga digunakan sebagai penunjuk sudut ketika membuat pengiraan dengan alat ini. Manik yang meluncur itu memudahkan pengiraan trigonometri dengan alat ini.

Mengikut tradisi, garisan dari permulaan lengkok hingga ke mercu dipanggil “Jib” dan garisan dari hujung lengkok hingga ke mercu dipanggil “Jib tamam”. Jib dan jib tamam kedua-duanya dibahagikan kepada 60 unit yang sama dan 60 garisan selari denganjib dipanggil sittini atau "enam puluh" dan 60 garisan selari dengan jib tamam dipanggil “juyubul mabsutah”.

Sebab bagi 60 bahagian sepanjang jib dan jib tamam adalah kerana alat ini menggunakan sistem nombor perenampuluhan. Iaitu ia disenggat kepada nombor asas 60 dan bukan kepada asas 10 atau sistem perpuluhan yang digunakan kini. Masa, pengukuran sudut dan pengukuran koordinat geografi adalah warisan daripada sistem nombor Sumeria-Babylon yang masih digunakan kini.

Seperti lengkok, 60 bahagian jib dan jib tamam dikumpulkan kepada lima kumpulan yang dinomborkan pada kedua-dua arah dari dan ke mercu. Penomboran bergu lengkok bererti label “Jib” dan “Jaib tamam” adalah relatif kepada pengukuran yang diambil atau kepada pengiraan yang dilakukan pada masa dan tempoh tidak terikat pada satu skala bersenggat atau yang lain pada alat ini.

Mengukur Altitud Cakerawala[sunting | sunting sumber]

Pada salah satu tepian lurus sukuan itu terdapat dua bilah tenung yang dipanggil “Hadafatani”. Setiap bilah mempunyai satu lubang kecil atau "pinul" di pusatnya yang seseorang merenung objek cakerawala menerusinya. Cahaya yang berlepas dari bintang menerusi kedua-dua lubang ke mata menjamin bahawa alat ini dijajarkan dengan bintang dan bahawa tali ladung akan menunjukkan altitud bintang yang betul apabila alat ini digantung pada satah menegak.

Beberapa pengarang menyatakan bahawa dua orang diperlukan untuk menggunakan dengan jayanya; seorang merenung dan seorang membaca kedudukan tali pada lengkok. Ini tidak betul sepenuhnya sebagaimana yang dapat dilihat daripada foto itu bahawa adalah cukup mudah untuk memakukan tali pada permukaan alat ini dengan jari tangan kiri sebaik sahaja bilah tenung betul-betul dijajarkan dengan bintang. Pada saat itu, seseorang cuma memutarkan alat ini di tangan kanan untuk membaca kedudukan tali pada lengkok itu. Bagaimana pun, adalah membantu jika ada seorang untuk mencatatkan bacaan skala ketika mengambilnya. Sebagaimana sebarang pengemudi ketahui, seseorang mesti mengambil banyak bacaan dan mempuratakan hasilnya untuk mencapai pengukuran yang boleh dipercayai. Inilah sebab mengapa pahatan kayu lama itu mempamerkan seorang pembantu berdiri di sebelah pencerap itu. Bukan untuk membaca skala tetapi untuk mencatatkan hasilnya.

Membaca altitud matahari agak sukar sedikit berbanding melihat bintang disebabkan keterikan cakera suria yang kuat. Dalam keadaan begini seseorang menggantung alat ini sehingga dia dapat membaca skala, iaitulah menghadap permukaan alat yang bersenggat itu. Kemudian ia disesuaikan dengan tangan supaya sinaran cahaya matahari akan melepasi lubang kedua-dua bilah tenung dan menghasilkan bintik yang terang pada jari pencerap (lihat foto). Sebaik sahaja penjajaran disempurnakan, skala dapat dibaca oleh pencerap pada titik ia dipotong oleh tali.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://cosmolabe.tripod.com/id1.html
  2. ^ David A. King, "Islamic Astronomy", in Christopher Walker (1999), ed., Astronomy before the telescope, p. 167-168. British Museum Press. ISBN 0-7141-2733-7.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]