Sulong bin Abdul Kadir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Haji Sulong bin Abdul Kadir telah dilahirkan pada satu keluarga yang kaya dan terpelajar di Kampong Anak Rhu, (kemudian dinamakan oleh kerajaan Thailand sebagai “Lukson”) Monthon Pattani.

Ketika berusia 7 tahun, dia melihat penangkapan Tunku Abdul Kadir Kamaruddin, raja terakhir Patani, oleh kerajaan Siam kerana menentang polisi pusat Chulalongkorn yang menukar negeri Patani kepada unit jajahan di bawah pemerintahan langsung oleh Siam.

Pendidikan awal[sunting | sunting sumber]

Selepas menamatkan pengajian asas di sekolah pondok di Krasae, Banna, Pattani, yang dikendalikan oleh Tokhru Waemuso pada usia 12 tahun, bapanya menghantarnya ke Mekkah bagi melanjutkan pengajian dalam agama Islam selama 12 tahun.

Dia merupakan pelajar yang pintar, lancar dalam bahasa Arab dan tulisannya, sehinggakan dia diminta untuk membuka sekolah pengajian Islam di Mekkah, yang memberikannya nama dan kedudukan keistimewaan di sana.

Kembali ke Pattani[sunting | sunting sumber]

Haji Sulong kemudiannya pulang ke Pattani selepas kematian anak sulungnya yang berusia satu tahun bagi menghilangkan duka. Dia tiba ke Patani pada tahun 1927.

Haji Sulong mula mengajar sebagai Toh Guru (Toh kru), mengembara kepelbagai kawasan di Patani. Haji Sulong merupakan cendikiawan muslim moden yang belajar dengan mendalam di Mekkah. Dengan itu apabila dia kembali ke Patani pada tahun 1927 dia mula menentang amalan tempatan yang mencampur aduk ajaran Islam dengan animism tempatan.

Ajarannya membangkitkan tentangan dari guru tradisional yang melaporkan mengenai aktivitinya kepada Circle kerajaan sebagai satu ancaman kepada keamanan dan keselamatan kawasan tersebut. Bagaimanapun selepas penyiasatan, kes itu dibuang kerana ketiadaan bukti. Sebaliknya semakin ramai orang menghadiri kelas syarahannya, dan menggalakkan beliau bagi membuka sekolah pondok.

Menjelang akhir 1930-an, lapuran dan khabar angin mengenai aktiviti Haji Sulong mula mendatangkan kebimbangan yang tidak pasti status dan implikasi Haji Sulong dikalangan pengikutnya kepada kerajaan Thailand.

Pada masa yang sama beberapa langkah kerajaan Thailand telah menimbulkan kemarahan penduduk Melayu Pattani, antaranya adalah penghapusan undang-undang Islam (Nikah dan Cerai) dan Warisan pada 1944 yang telah dibenarkan berfungsi sejak penyerapan kawasan Patani pada tahun 1902. Dengan melaksanakan Undang-undang Sivil Thailand di empat jajahan Islam, Dato Yutitam yang merupakan hakim kadi telah dilucutkan jawatannya.

Penubuhan organisasi He'et alNapadh alLahkan alShariat[sunting | sunting sumber]

Pada tahun yang sama, Haji Sulong turut menubuhkan organisasi Islam di Patani, "He'et alNapadh alLahkan alShariat" atau Pergerakan Melayu Pattani (Patani Malay Movement-PMM) dengan matlamat menggalakkan kerjasama antara pemimpin Melayu bagi menentang campur tangan kerajaan dalam cara hidup Islam.

Pada 1948, kerajaan Khuang membenarkan penangkapan Haji Sulong. Pada 16 Januari 1948 Haji Sulong dan rakan-rakannya ditangkap dan dituduh derhaka. Sebagaiman dijangka, penahanan tersebut mencetus bantahan dan rasa tidak puas hati di kawasan tersebut. Peguam jajahan Pattani kemudiannya meminta perbicaraan dipindahkan ke daerah Nakhon Si Thammarat.

Selepas perbicaraan, dia dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun yang kemudiannya dikurangkan kepada empat tahun dan lapan bulan sebelum dia dibebaskan pada 1952. Haji Sulong kemudian kembali ke Pattani, yang ketika itu sedang bergolak. Pada tahun 1954 dia hilang dengan tiba-tiba selepas melapor diri ke pejabat Polis Cawangan Khas di daerah Songkhla.

Ini menimbulkan kepercayaan ramai bahawa dia dan anak sulungnya, Wan Muhammad, telah dibunuh oleh polis Thai dengan arahan Jeneral Phao Siyanond, ketika itu Director-General Jabatan Polis, pada malam 13 Ogos 1954. Mereka dikatakan diikat kepada batu dan dicampak ke laut berhampiran pulau Nu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]