Sungai Miri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Miri

Sungai Miri terletak di Miri, Sarawak, Malaysia. Muara sungai ini menjadi kawasan petempatan penduduk yang penting terutama setelah petroleum ditemui di daratan Miri pada 1910. Petroleum di jumpai di Bukit Telaga Minyak, Miri dan kini dijadikan Muzium Petroleum. Ramai penduduk berhijrah ke sini terutama kaum Cina kerana banyak peluang pekerjaan. Miri juga berhampiran dengan negara Brunei dan ramai pelancong dari Brunei datang ke sini. Sebuah marina (pangkalan bot layar )dibina di Sungai Miri. Pembangunan yang pesat di bandar raya Miri menyebabkan Sungai Miri dipenuhi sampah dan perangkap sampah akan dibina bagi mengatasi masalah ini.[1]

Pada 15 September 2008, dua pekerja kapal iaitu Ting Huang Ung, 38, dan Richard Imang, 29, 'hilang' selepas kapal "The Ark II" meletup dan terbakar kira-kira jam 8.25 pagi. Kapal ini berlabuh di Sungai Miri, Sarawak.[2]

Pada 12 Januari 2009, kira-kira 40 kampung dan rumah panjang membabitkan 2000 penduduk di Niah, Bekenu berhadapan dengan masalah banjir. 10 buah sekolah terpaksa ditutup kerana hujan berterusan dan kejadian air pasang besar. Antaranya ialah Sekolah Kebangsaan Lutong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Suai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]