Susan Loone

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Susan Loone merupakan penolong editor Malaysiakini.[1]

Dilarang buat liputan[sunting | sunting sumber]

Pada 14 November 2010, wartawan kanan Malaysiakini, Susan Loone , jurugambar Utusan, Halim Khalid; krew berita TV3; krew berita RTM; jurugambar Berita Harian dihalang masuk ke Wisma Darulaman. Kerajaan PAS Kedah menghalang mereka membuat liputan perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.[2]

'Terjah' Lim Guan Eng[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Oktober 2012, Susan Loone melaporkan tentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kehadiran beliau dalam majlis gereja . Turut hadir dalam majlis 'kontroversi' itu ialah exco negeri Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Pulau Pinang Bishop Emeritus Antony Selvanayagam. [3]

Ditahan kerana menghasut[sunting | sunting sumber]

Pada Khamis, 4 September 2014 Susan Loone ditahan Pulau Pinang bawah Akta Hasutan 1948 berhubung tulisannya yang memetik exco Pulau Pinang Phee Boon Poh berkaitan penahanannya dalam isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri Pulau Pinang. PPS yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan pertubuhan yang tidak berdaftar dengan ROS. Ahli PPS turut berarak di Padang kota, Georgetown, Pulau Pinang sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-57 pada 31 Ogos 1957.Beberapa NGO membuat laporan polis berhubung rencana yang menyentuh tentang 'Phee Boon Poh disoal siasat selama 4 jam, dakwa dilayan seperti penjenayah'.[4] Majlis Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (M-Pem) membuat laporan polis kerana rencana Susan itu berbaur fitnah selain seolah-olah cuba memburukkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).[5]

Susan Loone seorang pesakit diabetis kronik telah dibebaskan kemudian dan dihantar pulang ke rumahnya di Seri Delima. Ketua Polis Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi menyatakan bahawa Susan Loone didakwa di bahawa Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.[6]

Tindakan penahanan Susan Loone mendapat bantahan dari wartawan Indonesia. Mereka bersetiakawan dengan kesemua wartawan Malaysia, terutamanya editor Malaysiakini yang ditahan. Eko Maryadi selaku Presiden Aliansi Jurnalis Independen (AJI) menyatakan bahawa wartawan Malaysia patut dibenarkan menjalankan tugas tanpa rasa takut atau diganggu. AJI menggesa polis PDRM dan ahli politik Malaysia berhenti mengganggu wartawan dan hormat pada kerjaya mereka seperti pengamal dalam bidang lain seperti ahli akademik, guru, doktor dan lain-lain .[7]

Beberapa pemimpin DAP telah dipanggil untuk mendapatkan keterangan berhubung dengan perjalanan dan penubuhan PPS. Pada 4 September 2014, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan penahanan ahli parlimen Tanjong Ng Wei Aik yang juga Ketua Pemuda DAP negeri Pulau Pinang bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.Sebelum ini, seramai 157 anggota PPS termasuk Pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Adun Seri Delima, R.S.N. Rayer telah ditahan .Semua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]