Sussex (ayam)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sussex
Ayam Sussex betina
Status pemuliharaanFAO (2007): tak berisiko[1]:153
Negara asalUnited Kingdom
KegunaanDual-guna, telur dan daging
Ciri-ciri
BeratJantan: Standard: minimum 4.1 kg[2]:294
Bantam: maksimum 1.5 kg[2]:294
 Betina: Standard: minimum 3.2 kg[2]:294
Bantam: maksimum 1.1 kg[2]:294
Jenis balungsisir
Klasifikasi
APAInggeris[3]
EEYa[4]
PCGBBerat, bulu lembut[5]
Ayam
Gallus gallus domesticus
Seekor ayam Sussex Buff betina pada musim sejuk

Sussex adalah satu baka ayam dual-guna yang berasal daripada Britain. Ia dibiakkan bagi menghasilkan telur dan daging. Lapan variati warna telah diiktiraf untuk saiz standard dan bantam. Sebuah persatuan pembiak baka, Kelab Baka Sussex telah ditubuhkan pada tahun 1903.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seekor ayam Sussex light jantan
Seekor ayam Sussex Rinting betina

Sussex berasal daripada kaunti bersejarah Sussex, yang terletak di tenggara England. Ia antara baka ayam tertua di Britain:[2]:289 Ayam ini yang diperincikan sebagai "Ayam Old Sussex atau Kent" telah dipamerkan buat pertama kali di pertunjukan unggas di Zoo London pada tahun 1845.[7] Sussex tidak dimasukkan ke dalam standard unggas edisi pertama, Standard Kesempurnaan di Pameran Unggas oleh William Bernhardt Tegetmeier, pada tahun 1865.[2]:289 Standard baka untuk ayam Sussex mula didrafkan pada tahun 1902, bersama tiga variati warna iaitu light. merah dan rinting.[7] Rinting merupakan paling tua.[2]:289 Pembangunan variati light mungkin dipengaruhi oleh baka-baka Oriental seperti Brahma and Cochin, dan juga Dorking perak-kelabu. Variati merah asalnya berdada hitam; variati merah dan perang mungkin dipengaruhi oleh ayam Laga India. Variati buff mula muncul pada tahun 1920an, dan kemudian diikuti oleh warna putih. Variati terkini adalah perak.[2]:289

Pada awal kurun ke-20, sehingga kemunculan hibrid komersial menjelang Perang Dunia II, ayam Sussex dan ayam Merah Rhode Island merupakan dua baka ayam pedaging utama di United Kingdom.[7] Variasi Sussex utiliti kemudian dibangunkan dengan keupayaan bertelur yang lebih baik tetapi saiz badan lebih kecil dan corak yang kurang menarik untuk tujuan pameran.[8]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ayam Sussex mempunyai badan yang panjang, berdada lebar dan belakang yang rata; tulang dada yang panjang dan lurus; bahu lebar, dan bentuk badan yang bersegi empat tepat. Ekornya bersudut 45 darjah dari badan. Matanya berwarna merah bagi variati warna gelap manakala oren bagi variati warna bulu yang terang. Balungnya adalah berbentuk sikat/sisir. Cuping telinga berwarna merah, manakala kaki dan kulit berwarna putih untuk semua variati warna bulu. Ayam jantan seberat kira-kira 4.1 kg dan betina sekitar 3.2 kg.[2]:294

Lapan variati warna diiktiraf oleh Kelab Unggas Great Britain: perang, buff, coronation, light, merah, peraky, rinting dan putih.[2]:289 Sussex berwarna light mempunyai badan putih, hitam pada ekor dan bulu pelepah; jambul leher berwarna putih dengan jalur hitam. Warna buff mempunyai corak yang sama, tetapi warna hijau-kehitaman pada warna asas emas-kekuningan. Warna perak serupa dengan light, tetapi mempunyai paha berwarna kelabu dan dada berwarna gelap dengan renda perak.[2]:293 Variati merah mempunyai corak yang sama sepertimana light, tetapi warna asasnya adalah merah tua di seluruh tubuhnya. Variati rinting (berbintik-bintik) mempunyai warna mohagani tua, dan pada setiap sayap pelepahnya mempunyai warna putih pada hujungnya. Variati putih mempunyai warna putih di seluruh tubuhnya.[2]:293

Sussex coronation juga mempunyai corak yang sama seperti light, dengan warna lavender bukannya hitam. Ia telah dihasilkan bagi pertabalan Edward VIII – satu peristiwa yang tidak pernah terjadi – dan hilang menjelang Perang Dunia II.[8] Ia dipercayai mempunyai warna merah, putih dan biru yang sama pada bendera Union Flag.[2]:293 Baka bantam coronation telah dicipta semula pada tahun 1980an.[8]

Persatuan Unggas Amerika hanya mengiktiraf tiga warna iaitu light merah dan rinting. Variati merah dan rinting telah dimasukkan ke dalam Standard Kesempurnaan pada tahun 1914, manakala light pada tahun 1929.[3]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Secara tradisinya, Sussex dipelihara untuk dijadikan sebagai hidangan. Pada awal kurun ke-20, ia adalah salah satu dari baka-baka ayam utama untuk tujuan ini, sehingga ia digantikan oleh baka-baka hibrid industri moden. Ia mungkin diternak sebagai ayam dual-guna. Ayam betina bertelur sekitar 180–200 biji telur setahun; beberapa baka penelur mungkin sehingga 250 biji.[7] Berat sebiji telur kira-kira 60 g.[9] Sussex juga dibiakkan untuk dijadikan sebagai ayam hias bagi tujuan pameran.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Barbara Rischkowsky, D. Pilling (eds.) (2007). List of breeds documented in the Global Databank for Animal Genetic Resources, annex to The State of the World's Animal Genetic Resources for Food and Agriculture. Rome: Food and Agriculture Organization of the United Nations. ISBN 9789251057629. Accessed October 2017.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m Victoria Roberts (2008). British poultry standards: complete specifications and judging points of all standardized breeds and varieties of poultry as compiled by the specialist breed clubs and recognised by the Poultry Club of Great Britain. Oxford: Blackwell. ISBN 9781405156424.
  3. ^ a b APA Recognized Breeds and Varieties: As of January 1, 2012. American Poultry Association. Archived 4 November 2017.
  4. ^ Liste des races et variétés homologuée dans les pays EE (28.04.2013). Entente Européenne d’Aviculture et de Cuniculture. Archived 16 June 2013.
  5. ^ Breed Classification. Poultry Club of Great Britain. Archived 12 June 2018.
  6. ^ Chickens. Poultry Club of Great Britain. Archived 9 November 2018.
  7. ^ a b c d "Sussex" (dalam bahasa Inggeris). Rare Breeds Survival Trust. Dicapai pada 2019-05-03.
  8. ^ a b c David Scrivener (2014). Popular Poultry Breeds. Ramsbury: Crowood. ISBN 9781847979711.
  9. ^ Rassetafeln: Sussex (in German). Bund Deutscher Rassegeflügelzüchter. Accessed November 2017.

Templat:British livestock