TKB-059

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
TKB-059
TKB-059.jpg
Jenis Raifal tempur
Asal Flag of the Soviet Union Kesatuan Republik Sosialis Soviet
Sejarah perkhidmatan
Digunakan oleh Kesatuan Soviet
Sejarah pengeluaran
Pereka German A. Korobov
Tarikh cipta 1962-1966
Pengeluar Tula Arms
Tarikh pengeluaran 1966 (TKB-059)
Variasi Pribor ZB
TKB-059
Spesifikasi
Berat 4.5kg

Jenis peluru 7.62x39mm
Kadar tembakan 1400-1800 butir/min
Sistem suapan Lelopak kotak 90-butir
Pejera Pejera besi

TKB-059 (ТКБ-059) adalah sebuah raifal tempur bullpup berlaras tiga buatan Soviet. Ia direka untuk menggunakan peluru bersaiz 7.62 x 39 mm. Raifal yang direka oleh Kilang Senjata Negeri Tula pada tahun 1966 ini mampu dioperasikan dalam mod tembakan automatik sepenuhnya. Rekabentuk raifal ini dihasilkan berdasarkan rekabentuk raifal ZB Pribor (Прибор 3Б) (Опытный, на базе «прибора 3Б»)[1]. Kedua-dua senjata tersebut dibangunkan oleh pereka senjata kecil, GA Korobov.

Senjata ini menggunakan tiga kelopak peluru 7.62 x 39 mm dengan jumlah muatan peluru sebanyak 90 butir. Setiap laras disuap terus daripada kelopak yang berasingan. Tujuannya adalah untuk mencipta senjata dengan peluang mengena yang lebih baik dan kuasa menghentikan. Projek ini diperkenalkan bagi menyaingi projek Salvo, Amerika Syarikat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]