TSM 2640

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

TSM 2640 atau juga dikenali sebagai Salmon merupakan sistem sonar pelbagai kedalaman dipasang pada badan kapal.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Sonar Salmon merupakan sonar aktif berfrekuensi tinggi, julat serdahana, kompak yang direka bagi kapal peronda ringan yang mengendali operasi ASW kebanyakannya diperairan cetek. Ia menawarkan kemungkinan pengesanan tinggi dalam persekitaran bunyi bising dan dilengkapi dengan pemproses data dan isyarat sophistikated, fungsi pengesanan dan menjejak automatik dan bantuan pengendali. Versi asas terjiri daripada jujukan akoustik 24 staves terletak dalam bekas ikantunda yang selaras, dan menghasilkan 36 pancaran bentuk sedia, takal tundaan, pemancar dan unit penerima dan konsol pengendali yang dilengkapi dengan paparan warna. Kemudahan terbenam termasuk pendengaran pasif, penjejak pancaran bunyi, simulator dalaman bersepadu, dan penjangka propogasi akoustik untuk hari dan sistem rakaman.

Pemprosesan data dalam mod FM dan CW menawarkan pengesanan dan penjejakan automatik dan pengambilan pelbagai trek sehingga bagi 64 sasaran; analisa sasaran dilakukan menggunakan panjang anggaran dan ukuran Doppler. Sonar ini mudah dihubungkan dengan sistem tempur kapal itu sendiri.

Versi yang dipasang pada badan kapal turut ditawarkan.

Status operasi[sunting | sunting sumber]

Dalam pengeluaran. Dua sistem telah dipasang pada kapal kelas `Stockholm', dan empat dari variasi dipertingkat pada korvet kelas `Goteborg' yang baru kepunyaan Tentera laut DiRaja Sweden. Sistem Salmon turut dibekalkan pada Tentera laut DiRaja Danish bagi pemasangan di atas kapal peronda perikanan kelas Stanflex 2000 `Thetis', dan kapal peronda perikanan kelas Stanflex 300 `Flyvefisken'.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

  • Jujukan akoustik: 24 batang serupa bagi 7 transduser; seberat 260 kg
  • Anggaran Frequensi: 19 kHz (dua frekuensi)
  • Pemancar: pemancar semua arah dalam mod CW atau FM
  • Penerima: 36 pancaran prabentuk; pengenal prosessing maju dalam FM dengan pemampat denyut dan penganalisa spektrum (FFT) dalam CW
  • Paparan:dua monitor TV warna bebas kerlipan resolusi tinggi
  • Berat keseluruhan: 7,630 kg

Pembina[sunting | sunting sumber]

  • Thales Underwater Systems
  • Sophia Antipolis.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]