Tabiat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tabiat merupakan rutin kelakuan yang diulang-ulangi secara nalar dan sering terjadi secara bawah sedar.[1] Menurut [Journal of Psychology] (1903), takrifnya adalah seperti berikut: "Sesuatu tabiat dari sudut pandangan psikologi merupakan cara pemikiran, kehendak atau perasaan yang sedikit sebanyak ditetapkan, yang diperoleh melalui pengulangan pengalaman mental yang terdahulu."[2] Kelakuan tabii sering tidak disedar oleh mereka yang melakukannya, kerana seseorang tidak perlu terlibat dalam analisis diri apabila melakukan tugas-tugas yang rutin. Kadang-kadang tabiat itu adalah dpaksa.[3] Proses yang mana kelakuan baru menjadi automatik adalah pembentukan tabiat. Tabiat lama sukar dikikis dan tabiat baru sukar terbentuk kerana pola kelakuan yang kita ulangi telah tersemat dalam jalan-jalan saraf kita,[4] tetapi tabiat baru boleh dibentuk melalui pengulangan.

Apabila perilaku diulangi dalam konteks yang konsisten, terdapat peningkatan tambahan dalam hubung kait antara konteks dan tindakan. Ini meningkatkan keautomatikan kelakuan dalam konteks itu.[5] Ciri-ciri kelakuan automatik terdiri daripada mana-mana yang berikut: kecekapan, tiadanya kesedaran, ketidaksengajaan, ketakterkawalan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Butler, Gillian; Hope, Tony. Managing Your Mind: The mental fitness guide. Oxford Paperbacks, 1995
  2. Andrews, B.R. "Habit" American Journal of Psychology Vol. 14. No. 2. (1908) pp 121-149 Web. http://www.jstor.org/stable/1412711 .
  3. "Habituation." Animalbehavioronline.com. Retrieved on August 29, 2008.
  4. Rosenthal, Norman. "Habit Formation". Sussex Directories. Diperoleh pada November 30, 2011. 
  5. Wood W, Neal DT (2007). "A new look at habits and the habit-goal interface." Psychological Review, 114: 843–863
  6. Bargh JA (1994). "The four horsemen of automaticity: Awareness, intention, efficiency, and control in social cognition." In Wyer RS, Srull TK (eds.), Handbook of social cognition: Vol. 1 Basic processes, pp. 1–40. Hove: Lawrence Erlbaun Associates Publishers