Tabung Baitulmal Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ditubuhkan oleh kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984, berperanan dan bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah di negeri Sarawak, Malaysia. Badan yang beribu pejabat di Kuching, Sarawak ini menyediakan kemudahan mengutip, mengagih, mengurus (mentadbir) Dana Zakat, Dana Wakaf dan Dana Baitulmal di samping menerangkan tentang kewajiban berzakat, berwakaf dan bersedekah khususnya bagi umat Islam di negeri Sarawak.

Selain daripada ibu pejabat TBS yang terletak di Kuching, Sarawak, terdapat beberapa buah pejabat cawangan TBS yang lain di sekitar negeri Sarawak mengikut bahagian (daerah) di negeri Sarawak yang bertujuan memudahkan umat Islam untuk berurusan dengan Tabung Baitulmal Sarawak.

Latar Belakang Tabung Baitulmal Sarawak[sunting | sunting sumber]

Salah satu harapan besar umat Islam di Sarawak sebaik sahaja mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963 adalah untuk melihat peningkatan dan kebangkitan syariat Islam di tanah bekas jajahan Brooke ini. Justeru Tabung Zakat dan Fitrah telah ditubuhkan pada tahun 1966 melalui Undang-undang Zakat 1966 atas usaha Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

Tabung ini telah berjaya membiayai ramai pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di pusat-Pusat Pengajian Tinggi Islam di dalam dan di luar negeri, di samping membantu dalam perkara-perkara kebajikan dan keagamaan di kalangan umat Islam di Sarawak. Sebelum kewujudan Tabung Zakat dan Fitrah, masyarakat Islam secara kelazimannya menunaikan kewajipan berzakat dengan menyerahkan secara terus kepada fakir miskin atau kepada guru-guru agama, bidan-bidan kampung dan sebagainya.

Sesuai dengan perkembangan negara dan keperluan umat Islam yang semakin bertambah untuk menghadapi zaman yang penuh cabaran, maka sebagai satu kesinambungan daripada tabung itu, maka tertubuhlah Tabung Baitulmal Sarawak pada tahun 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984.

Bermula dari tarikh penguatkuasaan peruntukan ordinan tersebut, Tabung Baitulmal Sarawak bertindak sebagai wakil Majlis Islam Sarawak yang bertanggungjawab dalam pengurusan zakat berperanan menyediakan kemudahan mengutip, mengagih dan mengurus (mentadbir) Dana Zakat serta Dana Baitulmal di samping menyedarkan masyarakat Islam tentang kewajipan berzakat.

Rentetan itu, sebagai persiapan untuk menempuh ledakan perubahan dalam abad ke 21, Penyusunan Semula Pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak telah diluluskan di mana pada 15 Disember 1998, Pengurus Besar telah dilantik untuk mengetuai Pengurusannya. Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak pada bulan November 2001 turut meluluskan Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang mana secara langsung menambahkan lagi peranan Tabung Baitulmal Sarawak sebagai sebuah institusi zakat.

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Dalam memastikan TBS sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan dan selari dengan perubahan zaman, maka VISI TBS adalah untuk :

Menjadi sebuah organisasi Islam yang dinamik dan pembela kepada umat manusia khususnya masyarakat Islam Sarawak.

Visi ini direalisasikan melalui misi-misi berikut:

  • Tabung Baitulmal Sarawak merupakan wakil kepada Majlis Islam Sarawak yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah di Negeri Sarawak.
  • Tabung Baitulmal Sarawak berperanan menyediakan kemudahan mengutip, mengagih, mengurus Dana Zakat, Wakaf dan Baitulmal di samping menerangkan tentang kewajipan berzakat, berwakaf dan bersedekah.
  • Pelanggan-pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak adalah masyarakat Islam, badan-badan kerajaan, badan-badan korporat dan pertubuhan-pertubuhan.
  • Komitmen Tabung Baitulmal Sarawak ialah:

a. Untuk meningkatkan kesedaran tanggungjawab berzakat di kalangan masyarakat Islam di Sarawak.
b. Memudahcarakan Pengurusan Zakat agar dapat memenuhi keperluan masyarakat Islam dan perkembangan semasa.
c. Untuk membangun Tabung Baitulmal Sarawak sebagai sebuah organisasi Islam yang memainkan peranan penting dalam program pembangunan masyarakat Islam melalui kemudahan bantuan dalam bidang pendidikan, kebajikan dan pembangunan insan.
d. Untuk memelihara dan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan hartanah Tabung Baitulmal Sarawak bagi kepentingan umat Islam di masa depan.
e. Untuk membangun kumpulan pekerja Islam yang professional dan dinamik.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Objektif Korporat TBS merangkumi:

  • Menyumbang dalam pembangunan ummah melalui program mengukuhkan tradisi keilmuan, memantapkan kebajikan ummah dan membangunkan Institusi Islam.
  • Menggemblengkan tenaga kerja profesional dan agama untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Pengurusan.
  • Memudahcarakan pengurusan zakat, sadaqatul jariah dan wakaf dengan menyediakan prasarana yang diyakini oleh masyarakat melalui pendekatan Pengurusan holistik ke arah mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi.
  • Memperkukuhkan asas kekuatan ekonomi Tabung Baitulmal Sarawak dengan meneroka peluang yang strategik dan berpotensi dalam aktiviti perkembangan modal dan hartanah yang berdaya maju.

Komitmen[sunting | sunting sumber]

Komitmen Tabung Baitulmal Sarawak adalah seperti berikut:

  1. Untuk meningkatkan kesedaran tanggungjawab berzakat di kalangan masyarakat Islam di Sarawak
  2. Memudahcarakan Pengurusan Zakat agar dapat memenuhi keperluan masyarakat Islam dan perkembangan semasa.
  3. Untuk membangun Tabung Baitulmal Sarawak sebagai sebuah organisasi Islam yang memainkan peranan penting dalam program pembangunan masyarakat Islam melalui kemudahan bantuan dalam bidang pendidikan, kebajikan dan pembangunan insan.
  4. Untuk memelihara dan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan hartanah Tabung Baitulmal Sarawak bagi kepentingan umat Islam di masa depan.
  5. Untuk membangun kumpulan pekerja Islam yang professional dan dinamik.

Polisi Kualiti[sunting | sunting sumber]

TBS berazam untuk menjadi sebuah organisasi Islam dinamik yang sentiasa mengutamakan syariat Islam sebagai asas tindakan bagi memastikan kepuasan pelanggan melalui keberkesanan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008 & MS 1900:2005 (Perspektif Islam) yang ditingkatkan secara berterusan.

Motto[sunting | sunting sumber]

Dalam usaha memartabatkan TBS sebagai sebuah institusi Islam yang dapat membela masyarakat Islam maka Motto TBS adalah Baitulmal Tanggungjawab Kita Bersama.

Akronim Baitulmal[sunting | sunting sumber]

B - BANGUN warga TBS untuk BANGUNkan TBS
A - AMANAH menanti kita yang diAMANAHkan
I - ILMU perlu ada kerana masyarakat sudah berILMU
T - TINDAKAN segera kerana TINDAKAN dapat dibuktikan
U - UKHWAH fikiran tanda UKHWAH usaha
L - LUAS jajahan LUAS juga pasaran & potensi
M - MASA warga TBS adalah MASA masyarakat Islam
A - ARAH tujuan jelas menuntut diri mengARAH
L - LOVE Baitulmal memantapkan LOVE Islam

Pendekatan TBS[sunting | sunting sumber]

Kitaran ke arah kecemerlangan[sunting | sunting sumber]

Bagi menempuh cabaran dan kehendak zaman, pengurusan TBS berpendapat pengurusan Institusi Zakat wajar bergerak mengikut konsep kitaran berikut :

Meningkatkan kefahaman[sunting | sunting sumber]

Keperibadian masyarakat Islam harus dididik dan dibentuk supaya memahami dan menjiwai nilai-nilai dan prinsip-prinsip agama Islam. Proses meningkatkan kefahaman ini adalah melalui program penerangan, pendidikan dan promosi oleh pihak yang berwajib. Namun demikian, masyarakat Islam juga harus memikul tanggungjawab untuk melengkapi diri mereka.

Memudahcara pengurusan[sunting | sunting sumber]

Apabila masyarakat Islam sudah faham dan yakin, Institusi Zakat hendaklah serba lengkap dengan penyediaan pelbagai kemudahan pengurusan. Antaranya dapat diringkaskan seperti berikut :-
Fokus Korporat Yang Jelas
Fokus korporat Institusi Zakat perlu jelas di mana visi, misi, penyataan misi, objektif korporat dan strategi-strategi melalui program-program dan aktiviti-aktivitinya dirangka sesuai dengan kewujudannya.
Kaedah Meningkatkan Kefahaman
Keperibadian masyarakat Islam harus dididik dan dibentuk supaya memahami dan menjiwai prinsip-prinsip agama Islam. Jika mereka tidak dididik mengenai zakat serta difahamkan tentang kedudukan zakat yang sebenar, maka tidak hairanlah jika terdapat sebahagian masyarakat Islam yang memandang ringan terhadap kewajipan ini. Proses meningkatkan kefahaman ini adalah melalui program penerangan, pendidikan dan promosi oleh pihak yang berwajib. Namun demikian, masyarakat Islam juga harus memikul tanggungjawab untuk melengkapi diri mereka. Ilmu itu tidak datang bergolek tetapi didatangi.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Sebagai langkah memelihara amanah dan memastikan perkhidmatan yang kami berikan kepada pelanggan sentiasa dilaksanakan dengan mesra, telus, adil dan saksama, kami berjanji akan sentiasa:-

  1. Mentaati, mengamalkan, menghayati dan mengutamakan syariat Islam dalam setiap tindakan dan peraturan yang ditetapkan bagi melahirkan pegawai yang berdedikasi, berakhlak mulia, sabar dan bersedia untuk membantu.
  2. Prihatin terhadap isu dan masalah yang dihadapi pelanggan dan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan cepat, tepat dan berkesan.
  3. Menyampaikan maklumat yang diperlukan oleh pelanggan dengan tepat dan berkesan.
  4. Memastikan setiap objektif kualiti yang telah dibangunkan berorientasikan pelanggan dinilai, dipantau pencapaiannya secara berkala dicapai dengan jayanya dan ditingkatkan secara berterusan.
  5. Setiap kakitangan diberikan latihan dan kemahiran yang secukupnya agar dapat meningkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan.
  6. Memastikan setiap Amil yang telah dilantik diberikan kursus pada setiap tahun agar urusan kutipan zakat fitrah berjalan dengan lancar, cekap dan berkesan.
  7. Memastikan setiap amil menyerahkan wang kutipan zakat fitrah dalam tempoh 3 minggu selepas Hari Raya Aidilfitri.
  8. Mengambil berat dan memberikan jawapan kepada aduan pelanggan dalam masa 14 hari dari tarikh menerima aduan.
  9. Bersedia menerima kritikan dan cadangan membina demi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Nota: Piagam pelanggan ini telah diubah pada tahun 2011.

Slogan[sunting | sunting sumber]

TBS dalam tahun 2005 telah mempunyai slogannya yang tersendiri dalam usaha memperkenalkan amalan kualiti yang telah menjadi budaya khususnya kepada warga kerja TBS dan kepada masyarakat secara amnya iaitu "MENGUBAH KEBIASAAN KITA".

Pada tahun 2009, Slogan baru telah dicipta dan digunakan bagi menggantikan slogan lama yang lebih praktikal dan bersifat dinamik iaitu “MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA”.

Perkhidmatan-Perkhidmatan Utama Organisasi[sunting | sunting sumber]

Sebagai satu-satunya institusi zakat yang terdapat di Sarawak, Tabung Baitulmal Sarawak menjadi wakil penuh Majlis Islam Sarawak dalam urusan mengutip, mengagih dan mentadbir dana zakat, wakaf dan sedekah yang dikumpul daripada masyarakat Islam di negeri Sarawak.

Dalam memastikan peranan TBS sentiasa menepati kehendak hukum dan seiring dengan arus semasa, fungsi utama dan aktiviti TBS dibahagikan kepada tiga elemen utama iaitu KUTIP, AGIH dan TADBIR.

Kutip[sunting | sunting sumber]

Urusan kutip ini bersandarkan Surah At-Taubah ayat 103 yang bermaksud :
"Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengan itu engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk)"
Justeru sebagai organisasi tunggal yang diberi kuasa dalam kutipan zakat dan wakaf di negeri Sarawak, TBS telah melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pengutipan zakat, sumbangan wajib dan wakaf.

Agih[sunting | sunting sumber]

Elemen agihan zakat di TBS adalah mengikut hukum seperti yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran Surah At-Taubah Ayat 60 yang bermaksud :
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mu’allaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah maha mengetahui, lagi maha bijaksana”
Justeru mengambilkira lapan asnaf yang telah digariskan, urusan agihan di TBS berdiri di atas prinsip ’Pendidikan Diutamakan, Kebajikan Tidak Dilupakan’ dibahagikan kepada tiga program utama iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK), Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) dan Program Membangunkan Institusi Islam (PMII).

Tadbir[sunting | sunting sumber]

Urusan tadbir pula diurus berpandukan Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001. Ia berdasarkan peruntukan ordinan yang berkaitan seperti berikut:-

  • Seksyen 43 – 55,
  • Seksyen 65 – 67,
  • Seksyen 71 – 74,
  • Seksyen 75,
  • Seksyen 82 (h), (I), (j), (k), (l), (m), (n), (o), (p), (q), (r),
  • Seksyen 88


Selain itu, TBS juga berfungsi dalam melaksanakan tanggungjawab seperti mentadbir Dana Ibnu Khaldun, pengurusan dan pengembangan hartanah Majlis Islam Sarawak (MIS), terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, perayaan-perayaan Islam, pengurusan wakaf dan inisiatif-inisiatif kualiti.

Kawasan Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Keluasan negeri Sarawak yang hampir menyamai Semenanjung Malaysia merupakan satu cabaran besar yang perlu dihadapi dalam pentadbiran TBS.

Oleh yang demikian, selain pusat pentadbiran yang terletak di Kuching, kawasan pentadbiran TBS juga terdapat di semua bahagian di Sarawak kecuali Betong dan Kapit.

Selain itu, TBS juga menyediakan kemudahan penyampaian maklumat yang dikenali sebagai Zakat Information Centre. Ia diwujudkan bagi tujuan memudahkan masyarakat Islam memperolehi maklumat yang diperlukan berhubung kefarduan berzakat dan juga amalan berwakaf.

Pada masa yang sama, dalam memastikan TBS sentiasa memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan iaitu umat Islam yang datang berurusan dengan TBS, di Ibu Pejabat umpamanya urusan agihan zakat ditempatkan di satu bangunan khas (Wisma Agihan) bagi memudah dan mempercepatkan urusan tersebut.

Maklumat Lanjut[sunting | sunting sumber]

Untuk maklumat lanjut berkaitan Tabung Baitulmal Sarawak, program bantuan dan hal-hal yang berkaitan dengan zakat dan wakaf di negeri Sarawak, sila layari http://www.tbs.org.my/ atau berhubung dengan pejabat Tabung Baitulmal Sarawak yang terdekat.

"BAITULMAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"