Tabut Perjanjian
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tabut Perjanjian (Bahasa Ibrani: אָרוֹן הָבְרִית Ārōn Hāb’rīt [sebutan moden Aron Habrit]; Bahasa Arab: تابوت العهد Tābūt Al-ʿahd) merupakan bekas yang digambarkan dalam Al-Kitab berisi Loh-loh Batu di mana tertulis Sepuluh Perintah Tuhan, Tongkat Harun, dan manna. Menurut Pentateukh, Tabut ini dibuat atas perintah Tuhan, selaras dengan wawasan kenabian Musa di Gunung Sinai (Templat:Alkitab). Tuhan dikatakan berhubung dengan Musa "dari di antara dua kerubim" di penutup Tabut (Templat:Alkitab). Tabut dan benda-benda sucinya dianggap "keagungan Israel" (Templat:Alkitab). Rashi dan beberapa Midrashim menyatakan bahawa terdapat dua tabut - satu dibuat oleh Musa sendiri untuk sementara waktu dan satu yang lebih kemudian dibuat oleh Bezalel.[1]
[sunting] Rujukan
- ↑ Hertz 1936