Pergi ke kandungan

Taekwondo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Taekwando)
Taekwondo
Badan induk tertinggiTaekwondo Dunia
Pertama kali dimainkanKorea, 1940-an
Ciri-ciri
ContactYa
Jantina bercampurYa
JenisSeni bela diri
Kemunculan
Negara atau wilayahDunia
Sukan OlimpikSejak 2000
World Games19811993
Taekwondo
Hangul태권도
Hanja跆拳道
Perumian Semakantaegwondo
McCune–Reischauertʼaekwŏndo
Pertandingan Taekwondo

Taekwondo ataupun Tae Kwon Do (Bahasa Korea: 태권도/跆拳道, sebutan: [tʰɛ.k͈wʌn.do]  ( dengar)) merupakan seni bela diri Korea yang paling terkenal. Ia telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu seni bela diri dari Asia).

Dalam bahasa Korea, Tae bermaksud "tendangan atau menendang"; Kwon bermaksud "tumbukan atau menumbuk"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".

Taekwondo mempunyai beberapa warna tali pinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni bela diri ini.

  • Putih
  • Kuning
  • Hijau
  • Biru
  • Merah atau Coklat
  • Hitam

Setiap tali pinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Tali pinggang hitam mempunyai 9 peringkat . Peringkat atau pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil "DAN". Pemegang tali pinggang 9th DAN dikenali sebagai GRANDMASTER.

Di Malaysia terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa, antaranya:

Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah cara pembelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.

ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek mempertahankan diri dan kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu pertandingan diadakan.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]