Taman Negeri Bogue Chitto
Taman Negeri Bogue Chitto | |
---|---|
تامن نڬري بوڬه چيتتو Bogue Chitto State Park | |
Lokasi | Kariah Jefferson, Amerika Syarikat |
Luas | 1,786 ekar (7.23 km2; 2.791 bt2)[1] |
Ditubuhkan | 28 Ogos 2010[2] |
Badan pentadbir | Pejabat Taman Negeri Louisiana |
Laman sesawang rasmi | |
sunting |
Taman Negeri Bogue Chitto (Bahasa Inggeris: Bogue Chitto State Park)[3] ialah taman negeri yang terletak di luar Lebuh Raya Louisiana 25, di selatan Franklinton, kariah Washington. Ia telah dibuka pada 28 Ogos 2010 selepas ditangguhkan lebih kurang tiga bulan.[2] Nama "Bogue Chitto" berasal daripada bahasa Choctaw, bok chito yang bermaksud caruk besar.[3]
Taman negeri ini berkeluasan 1,786 ekar (7.23 km2). Ciri fizikal ketara yang terdapat di taman ini ialah arus sungai kecil, paya sipres-tupelo, dan hutan kayu keras di kawasan tanah tinggi dan rendah. Tarikan utamanya ialah gaung yang dikenali sebagai Gua Fricke's yang mengandungi pembentukan batu pasir yang halus.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanLOSP
tidak disediakan - ^ a b Derry, Jim (4 Ogos 2010). "Bogue Chitto State Park near Franklinton set to open at the end of this month". The Times-Picayune. Advance Publications. Dicapai pada 14 Februari 2011.
- ^ a b Baca, Keith (1 Jun 2007). Native American place names in Mississippi. University Press of Mississippi. m/s. 10. ISBN 978-1-57806-955-2.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Kategori berkenaan Taman Negeri Bogue Chitto di Wikimedia Commons
- Taman Negeri Bogue Chitto Diarkibkan 2017-08-02 di Wayback Machine – laman sesawang rasmi