Tangga kecemasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tangga kecemasan luaran di belakang sebuah bangunan di Cincinnati. Pemasangan tangga kecemasan di luaran bangunan sering ditemui di Amerika Syarikat.

Tangga kecemasan ialah satu unsur seni bina yang berfungsi sebagai jalan keluar kecemasan untuk para penduduk bangunan sekiranya bangunan ini ditimpa bencana seperti kebakaran atau gempa bumi.

Penyediaan tangga kecemasan semakin dipentingkan apabila bangunan tinggi semakin menjadi-jadi pada akhir abad ke-19, semenjak mula-mula dipatenkan oleh Anna Connelly dari Amerika Syarikat pada tahun 1887.[1] Pada awalnya, tangga kecemasan banyak dipasang di dinding luaran bangunan, tetapi akhir-akhir ini, tangga kecemasan diterapkan di dalam bangunan, khususnya pencakar langit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "10 Great Inventions by Women: Anna Connelly - Fire escape (1887)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-11. Dicapai pada 2011-08-19.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]