Gempa bumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Pusat Gempa Sedunia, 1963–1998
Pergerakan kepingan tektonik global

Anatomi gempa bumi[sunting | sunting sumber]

Jenis gelinciran

Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia dipanggil gempa susulan.

Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa-apa yang berlaku pada permukaan bumi, cara tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan cara tenaga ini menyebabkan kemusnahan.

Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan cara meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.

Gempa bumi tektonik[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.

Gempa bumi gunung berapi[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.

Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.

Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland, dan titik merah gunung berapi seperti Hawaii.

Gempa bumi adalah getaran atau gegaran pergerakan permukaan bumi. Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar di kerak bumi. Perkataan gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan punca. Permukaan bumi sentiasa bergerak dalam pergerakan tektonik, dan gempa bumi berlaku disebabkan tekanan melebihi keupayaan bahan bumi menanggungnya. Keadaan ini sering dijumpai di sempadan plat tektonik di mana kerak bumi atau lithosphere terpisah. Kejadian yang berlaku di sempadan plat dikenali sebagai gempa bumi interplat; gempa bumi dalam plat lithosphere dikenali sebagai gempa bumi intraplat.

Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah, pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun. Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.

Gempa bumi besar pada abad ke-20[sunting | sunting sumber]


Tarikh Kawasan Kekuatan (skala Richter) Ulasan
11 Mac 2011 Sendai-Jepun 8.9 Gempa bumi tektonik disertai Tsunami mangakibatkan ratusan ribu penduduk Jepun termasuk Tokyo mengalami rosak teruk dan paling ngeri dalam 140 Tahun.
13 Sep 2007 Sei-Penuh Jambi 7.7 Gempa bumi tektonik Ratusan Rumah penduduk rosak ringan dan meragut 4 nyawa.
12 Sep 2007 Bengkulu 7.9 Gempa bumi tektonik Meragut 13 nyawa dan tercetus tsunami kecil
27 Mei 2006 Yogyakarta 6.2 Gempa bumi tektonik selama 57 saat yang meragut lebih dari 6500 nyawa.
26 Dis 2004 Aceh 9.0 Disertai oleh tsunami, ini merupakan gempa bumi yang paling kuat dalam dekad itu.Seramai 174,129 disahkan mati.
26 Dis 2003 Bam (Iran), barat daya Iran 6.5 Menyebabkan lebih 41,000 terbunuh.
21 Mei 2002 utara Afghanistan 5.8 Menyebabkan lebih 1,000 orang mati.
26 Jan 2001 India 7.9 Menyebabkan sekurang-kurangnya 2,500 maut biarpun ada meletakkan angka korban seramai 13,000 orang.
21 Sep 1999 Taiwan 7.6 Menyebabkan 2,400 maut.
17 Ogo 1999 barat Turki 7.4 Meragut 17,000 nyawa.
25 Jan 1999 barat Colombia 6.0 Meragut 1,171 nyawa.
30 Mei 1998 utara Afghanistan dan Tajikistan 6.9 Menyebabkan seramai 5,000 orang terbunuh.
17 Jan 1995 Kobe, Jepun 7.2 Meragut 6,000 nyawa.
30 Sep 1993 Latur, India 6.0 Menyebabkan seramai 1,000 mati.
21 Jun 1990 barat laut Iran 7.3 Meragut 50,000 nyawa.
17 Dis 1988 barat laut Armenia 6.9 Menyebabkan 25,000 maut.
19 Sep 1985 Mexico Tengah 8.1 Meragut lebih 9,500 nyawa.
16 Sep 1978 timur laut Iran 7.7 Menyebabkan 25,000 maut.
28 Jul 1976 Tangshan, China 7.8 Menyebabkan 240,000 orang terbunuh.
4 Feb 1976 Guatemala 7.5 Menyebabkan 22,778 terbunuh.
29 Feb 1960 barat daya pesisiran pantai Atlantik di Maghribi 5.7 Menyebabkan kira-kira 12,000 maut dan memusnahkan keseluruhan bandar Agadir.
26 Dis 1939 Wilayah Erzincan, Turki 7.9 Menyebabkan 33,000 orang maut.
24 Jan 1939 Chillan, Chile 8.3 Menyebabkan 28,000 maut.
31 Mei 1935 Quetta, India 7.5 Meragut 50,000 nyawa.
1 Sep 1923 Yokohama, Jepun 8.3 Meragut sekurang-kurangnya 140,000 nyawa.
  • Sumber: Associated Press

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]