Tapirus kabomani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tapirus kabomani
Pengelasan saintifik e
Alam: Animalia
Phylum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Tapiridae
Genus: Tapirus
Spesies: T. kabomani
Nama binomial
Tapirus kabomani
Cozzuol, Clozato, Holanda, Rodrigues, Nienow, de Thoisy, Redondo & Santos, 2013

Tapirus kabomani (juga dikenali sebagai tenuk hitam kecil atau tenuk kabomani) adalah salah satu daripada lima spesies tenuk yang wujud, iaitu haiwan peragut besar yang serupa bentuk dengan babi. Ia merupakan spesies tenuk terkecil, iaitu jauh lebih kecil daripada tenuk terkecil yang dikenali dahulu iaiatu Tenuk Gunung. Tapirus kabomani ditemui di hutan hujan Amazon, di mana ia kelihatan simpatrik dengan tenuk Brazil, T. terrestris. Apabila diumumkan pada tahun 2013, Tapirus kabomani merupakan ungulat berjari ganjil yang pertama ditemui setelah lebih 100 tahun.

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Gambaran umum Tapirus kabomani

Dengan berat badan dianggarkan hanya sekitar 110 kg (240 lb), T. kabomani adalah tenuk paling kecil yang wujud.[1] Sebagai perbandingan, tenuk gunung mencapai berat antara 150 hingga 225 kg (330 hingga 500 lb).[2] Tapirus kabomani kira-kira 130 sentimeter (51 in) panjangnya dan 90 sentimeter (35 in) tingginya ke paras bahu.[1]

Bulunya berwarna kelabu tua ke coklat tua. Kakinya pendek.[1] Yang jantan lebih kecil daripada yang betina, malah yang betina mempunyai tompok kerongkong berwarna cerah yang menjangkau dari dagu ke leher dan hingga tapak telinga.[1]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Tapirus kabomani terhad kepada Amerika Selatan. It telah ditemui di negeri-negeri Amazonas selatan (tempat contoh), Rondônia, dan Mato Grosso di Brazil. Spesies ini juga dipercayai wujud di departmen Amazonas dinColombia, malah mungkin juga terdapat Amapá, Brazil, serta Guiana Perancis selatan.[3]

Diet[sunting | sunting sumber]

Tapir-tapir ini diketahui memakan daun dan benih palma dari genus-genus Attalea dan Astrocaryum.[1]

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Walaupun tidak diperikan secara rasmi hingga tahun 2013, namun sudah sekian lama timbulnya kemungkinan bahawa wujudnya T. kabomani sejak seawal 100 tahun sebelumnya. Spesimen pertama yang kini diiktiraf sebagai ahli spesies ini ditemui dalam Ekspedisi Sains Roosevelt–Rondon. Theodore Roosevelt (1914) percaya bahawa mereka telah menemui satu spesies baru,[4] malah para pemburu tempatan mengenali dua jenis temuk di kawasan berkenaan[4] sementara seorang lagi ahli ekspedisi iaitu Leo E. Miller bahawa terdapatnya dua spesies tenuk.[lower-alpha 1] Walaupun begitu, setelah diperhatikan oleh pakar-pakar, kesemua tenuk dalam ekspedisi ini telah dianggap sama-rata sebagai T. terrestris,[5][6] termasuk spesimen AMNH 36661 yang kini dikenal pasti sebagai T. kabomani.[1] 10 tahun sebelum T. kabomani diperikan secara rasmi, para saintis menduga kewujudan spesies baru sambil menyelidik tengkorak-tengkorak yang tidak menyerupai tengkorak spesies tenuk yang sedia dikenali.[7] Apabila spesies berkenaan diperikan secara rasmi pada Disember 2013[1] ia merupakan spesies tenuk pertama yang ditemui sejak T. bairdii pada tahun 1865.[3]

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Nama spesiesnya dipetik dari arabo kabomani, iaitu perkataan bagi tapir dalam bahasa pribumi Paumarí. Pemerian rasmi tenuk ini tidak mencadangkan nama umum bagi spesies ini.[1] Suku Karitiana memanggilnya tapir hitam kecil.[3]

Hubungan[sunting | sunting sumber]

Dalam analisis morfologi dan juga filogenetik molekul,[1] T. kabomani ditemui sebagai yang pertama untuk mencapah daripada tiga tenuk Amerika Selatan. Analisis morfologi menunjukkan bahawa saudara terdekat T. kabomani mungkin adalah spesies pupus Tapirus rondoniensis.[1] Kaedah pentarikhan molekul berasaskan tiga gen sitokrom mitokondria memberikan masa pencapahan pada sekitar 0.5 juta tahun dahulu untuk T. kabomani dan klad T. terrestrisT. pinchaque, sementara T. pinchaque didapati timbul dalam kompleks parafiletik T. terrestris lewat-lewat lagi (sebagai perbandingan, percapahan antara T. bairdii dan tenuk-tenuk Amerika Selatan belaku sekitar 5 juta tahun dahulu).[1]

Tapirus  


 T. bairdii (Tenuk Baird)




 T. kabomani (Tenuk kabomani)




 T. terrestris (Tenuk Brazil, Rumpun Ecuador)



 T. pinchaque (Tenuk gunung)



 T. terrestris (Tenuk Brazil, rumpun-rumpun lain)






 T. indicus (Tenuk Malaya)



Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Spesies ini mungkin umum ditemui di habitat mozek hutan-savana (tinggalan bekas cerrado). Namun begitu, tenuk hitam kecil diancam oleh kemungkinan kemusnahan habitat di masa akan datang akibat pembasmian hutan, pembangunan dan peluasan kependudukan manusia.[1]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. Allen & Miller (1916), pp. 566-567[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]