Tarija

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Bolivia yang menunjukkan jajahan Tarija.

Tarija merupakan salah satu daripada sembilan jajahan di negara Bolivia. Ia terletak di bahagian selatan Bolivia yang bersempadan dengan Argentina. Menurut banci pada tahun 2001, ia mempunyai jumlah penduduk sebanyak 391,226. Keluasan kawasannya 37.623 km². Bandar raya Tarija ialah ibu kota jajahan ini.

Jajahan ini dibahagikan kepada enam provinsi:

  1. Aniceto Arce
  2. Burdett O'Connor
  3. Cercado
  4. Eustaquio Méndez
  5. Gran Chaco
  6. José María Avilés

Tempat-tempat yang terkenal di Tarija termasuk:

  • Villamontes, sebuah bandar perhutanan
  • Bermejo, sebuah bandar yang bersempadan dengan Argentina.

Jajahan mempunyai simpanan gas asli yang kedua terbesar di Amerika Selatan yang menjadi kemegahannya. Hasil gas dan pelaburan langsung asing dalam penjelajahan dan pengedaran gas yang semakin bertambah telah mempercepatkan pertumbuhan dan mengesahkan Tarija sebagai pusat perindustrian Bolivia yang berikut. Pengembangan simpanan gas Tarija telah dihalang oleh ketakstabilan politik pada peringkat negara.

Tarija juga merupakan tempat asal kepada melebihi 20 puak Indian yang berbeza (puak Guarani ialah puak yang terbesar) yang terdiri daripada 20 hingga 1500 orang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]