Provinsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini berkenaan dengan bidang kuasa politik dan pentadbiran. Sila lihat provinsi gereja dan provinsi geologi untuk kegunaan masing-masing.
Peringkat Kawasan
Pentadbiran Indonesia
 
Peringkat Provinsi

Provinsi
Daerah KhususDaerah Istimewa

Peringkat Kabupaten/Kota

KabupatenKota
Kabupaten Tadbir
Sagoe

Peringkat Kecamatan

Kecamatan
DistrikSagoe Cut

Peringkat Kelurahan/Desa

KelurahanDesa
NagariKampungGampong

Lain-lain

DusunLingkungan
Rukun Warga
Rukun Tetangga

sunting

Provinsi ialah nama untuk sebuah entiti subnegara. Perkataan "Provinsi" telah diakui dalam bahasa Inggeris sejak kira-kira 1330, dan berasal daripada perkataan Perancis Lama, province (abad ke-13). Perkataan Perancis itu berasal pula daripada bahasa Latin, provincia, yang bermaksud "wilayah di bawah penguasaan Rom". Provincia ialah kata majmuk yang berasal daripada pro- ("bagi pihak") dan vincere ("menguasai") — dengan kata yang lain, sebuah provinsi ialah sebuah wilayah atau fungsi yang dikuasai oleh seorang majistret Rom bagi pihak kerajaannya.

Perkataan provincia diberikan maksud pentadbiran wilayah oleh orang-orang Rom ketika mereka membahagikan empayar mereka menjadi provinciae tetapi dari banyak segi, provinsi-provinsi ini lebih serupa dengan tanah-tanah jajahan moden yang dieksploitasikan tanpa hak-hak yang sama. Secara ironi, hak-hak yang sama telah diberikan sejak mula-mulanya kepada coloniae yang merupakan petempatan-petempatan tempatan yang lebih kecil, dan yang sering diasaskan oleh para bekas perajurit.

Dalam bahasa-bahasa moden, sebuah provinsi ialah satu peringkat kerajaan yang sekunder di banyak negara, manakala negara-negara yang lain menggunakan istilah alternatif untuk entiti yang sama; umpamanya:

Bagaimanapun, penggunaannya berbeza-beza. Di Perancis, Sepanyol, dan Itali, provincia merupakan bentuk kerajaan yang tertier, iaitu seakan-akan kaunti di dalam sebuah kawasan. Di Sweden, län ialah padanan untuk kaunti manakala di Finland, kata seasalnya, Lääni, ialah padanan untuk provinsi. Berbagai-bagai kawasan di seberang laut Empayar British mempunyai gelaran jajahan Provinsi yang mempunyai maksud yang lebih serupa dengan maksud Rom, seperti Provinsi Kanada dan Provinsi Australia Selatan (untuk membezakannya daripada 'tanah-tanah jajahan' untuk hukuman di bahagian-bahagian Australia yang lain).

Di Jerman dan Austria, kawasan-kawasan yang mempunyai perpaduan sejarah dan budaya pada skala yang kurang daripada skala negara diberikan nama Tanah, sepatah nama yang umum untuk negeri-negeri Jerman dan negeri-negeri Austria.


Aspek sejarah dan budaya[sunting | sunting sumber]

Di Perancis, ungkapan en province masih cenderung bermaksud "di luar kawasan Paris". (Ungkapan yang sama ini juga digunakan di Peru, di mana en provincias bermaksud "di luar bandar raya Lima"). Sebelum Revolusi Perancis, Perancis terdiri daripada beberapa kerajaan (seperti Ile-de-France yang dibina di demesne Dinasti Capet yang awal), dengan sesetengah kerajaan ini dianggap sebagai 'provinsi', walaupun istilah itu telah dipergunakan dalam bahasa basahan untuk memerihalkan kawasan-kawasan yang kecil serupa manor (châtellenie). Bagaimanapun, Grands Gouvernements yang secara amnya merupakan bekas wilayah-wilayah feudal Zaman Pertengahan (atau aglomeratnya), paling biasa dirujuk sebagai 'provinsi'. Pada hari ini, Grands Gouvernements ini kekadang digantikan dengan en région disebabkan istilah itu kini dipergunakan sebagai satu peringkat sekunder kerajaan yang rasmi.

Dari segi sejarah, Fernand Braudel telah menggambarkan provinsi-provinsi Eropah — terdiri daripada banyak kawasan kecil yang digelarkan oleh orang-orang Perancis sebagai pay, dan oleh orang-orang Switzerland sebagai kanton, dengan setiap kawasan mempunyai identiti budaya tempatan dan menumpukan kepada sebuah pekan pasar — sebagai sebuah unit politik yang mempunyai saiz optimum pada zaman praindustri Eropah Moden Awal dan bertanya: "Bukankah provinsi merupakan 'tanah air' penduduk yang benar?" (The Perspective of the World (Sudut Pandangan Dunia) 1984, m.s. 284). Perancis, sebuah negara bangsa awal yang diatur secara pusat, juga akan berkecai menjadi provinsi-provinsi autonomi di bawah tekanan seperti krisis Perang-perang Agama (1562 - 1598) yang berterusan.

Bagi ahli-ahli sejarah abad ke-19 dan ke-20, "kerajaan terpusat" telah dianggap sebagai suatu gejala kemodenan dan kematangan politik dalam kebangkitan Eropah. Kemudian pada akhir abad ke-20, ketika Kesatuan Eropah merapatkan negara-negara bangsa, daya-daya memusat kelihatan bergerak menujui sebuah sistem yang lebih fleksibel dan yang terdiri daripada entiti-entiti yang bersifat kerajaan provinsi setempat di bawah payung Eropah. Sepanyol, selepas Francisco Franco, ialah sebuah negara kesatuan secara rasmi tetapi sebenarnya, berfungsi sebagai sebuah persekutuan yang terdiri daripada Komuniti-komuniti Autonomi, dengan setiap komuniti mempunyai kuasa yang berbeza (sila lihat Politik Sepanyol). Ketika Serbia, "punggung" bekas Yugoslavia, bertempur dengan pengikut-pengikut faham pemisahan di provinsi Kosovo, United Kingdom pada waktu itu sedang mengasaskan parlimen-parlimen tempatan di Scotland, Wales, dan Ireland Utara )1988) di bawah prinsip politik, "penurunan kuasa".

Provinsi di Indonesia[sunting | sunting sumber]

Dalam pembahagian pentadbiran, Indonesia terdiri daripada provinsi, yang diketuai oleh seorang gabenor. Provinsi masing-masing dibahagi kepada kabupaten dan kota. Ketika ini Indonesia mempunyai 33 provinsi. Sebelum tahun 2000 Indonesia memiliki 27 provinsi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sumber dan rujukan[sunting | sunting sumber]