Taufan Tomas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taufan Tomas
Kategori ribut siklon 4 yang teruk (skala Aus)
Siklon tropika kategori 4 (SSHWS)
Taufan Tomas d persisiran Vanua Levu, Fiji
Terbentuk9 Mac 2010
Reda18 Mac 2010
Angin terkuat10 minit berterusan: 175 km/j (110 bpj)
1 minit berterusan: 215 km/j (135 bpj)
Tekanan terendah930 hPa (mbar); 27.46 inHg
Kematian3 disahkan
Kawasan terjejasFiji
Sebahagian daripada Musim siklon Pasifik Selatan 2009–10

Taufan Tomas atau 'puting beliung Tomas' ialah siklon tropika terkuat membadai Fiji sejak Siklon Bebe pada 1972. Ia melanda timur laut bandar Labasa di pulau utara Vanua Levu, Fiji pada 15 Mac 2010 jam 7 pagi, selepas mula terbentuk pada 9 Mac.

Puting beliung dalam kategori empat itu (kedua terkuat) mencapai puncak kelajuan angin 175 kilometer sejam (110 bsj) dan tekanan 930 hPa (mbar). Manakala JTWC mengelaskannya ke Kategori 4 dengan angin tertinggi 1-minit selaju 215 km/j (135 bsj).[1] Agensi Perkhidmatan Meteorologi Fiji (FMS) melaporkan puting beliung itu bergerak ke selatan selaju 11 kilometer sejam dan akan menghala ke timur Labasa pada sebelah petang dengan kelajuan 60 kilometer sejam.

Bekalan elektrik terputus di Vanua Levu. Beberapa rumah mengalami kerosakan. Kerajaan mengisytiharkan perintah berkurung sementara. Sekolah ditutup dan kebanyakan perkhidmatan awam digantung sebagai persiapan menghadapi ribut dan banjir kilat.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Joint Typhoon Warning Center (2010). "Tropical Cyclone 19P (Tomas) Running Best Track". Tentera Laut A.S. Dicapai pada 14 Mac 2010.
  2. ^ Fiji dilanda puting beliung Tomas Berita Harian Online