Taur Matan Ruak
| Taur Matan Ruak | |
|
Bakal
Presiden Timor Leste |
|
| Mula berkhidmat 19 Mei 2012 |
|
| Perdana Menteri | Xanana Gusmão |
|---|---|
| Menggantikan | José Ramos-Horta |
|
|
|
| Tarikh lahir | 10 Oktober 1956 (56 tahun) |
| Tempat lahir | Baguia, Timor Portugis (kini Timor Leste) |
| Parti politik | Bebas |
José Maria Vasconcelos, lebih terkenal sebagai Taur Matan Ruak (bahasa Tetum: "Dua Mata Tajam") ialah bekas Mejar Jeneral dan komander FALINTIL-Forças de Defesa de Timor-Leste (F-FDTL), Pasukan Pertahanan Timor Leste, sehingga 6 Oktober 2011. Sebelum berkhidmat dengan F-FDTL, beliau merupakan komander terakhir Angkatan Tentera Pembebeasan Kebangsaan Timor Timur atau Falintil (Forças Armadas para a Liberação Nacional do Timor Leste), tentera pemberontak yang menentang pendudukan pulau itu oleh Indonesia, dari 1975 hingga 1999.
Selepas meletak jawatan daripada tentera, Ruak menyertai pilihan raya presiden Mac-April 2012. Walaupun bertanding sebagai calon bebas, beliau mendapat sokongan parti kedua terbesar di negara itu, Kongres Nasional bagi Pembinaan Semula Timur Leste (CNRT) pimpinan Perdana Menteri Xanana Gusmao.[1] Beliau akhirnya menewaskan Francisco Guterres dalam pusingan kedua pada 16 April.[2]
Rujukan[sunting]
- ↑ "Polls close in East Timor presidential vote - Asia-Pacific". Al Jazeera English. http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2012/03/201231724858150278.html. Capaian 2012-04-16.
- ↑ "Bekas Pejuang Kemerdekaan Timor Leste Menang Jawatan Presiden", mStar Online, 17 April 2012. Dicapai pada 18 April 2012.
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh José Ramos-Horta |
Presiden Timor Leste 2012–kini |
Pemegang jawatan kini |