Teatro alla Scala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Teatro alla Scala di Milan

Teatro alla Scala atau juga dikenali sebagai La Scala yang terletak di Milan, Itali, adalah salah sebuah rumah opera yang amat terkenal dan dianggap sebagai paling bersejarah di dunia dengan mempersembahkan banyak opera-opera ternama di bawah gubahan penggubah-penggubah terkenal ketika mereka masih hidup antaranya Antonio Salieri, Gioachino Rossini, Vincenzo Bellini, Gaetano Donizetti, Giuseppe Verdi dan Giacomo Puccini.

Teater ini dirasmikan pada Ogos 3, 1778 di bawah nama Nuovo Regio Ducal Teatro alla Scala dengan mempersembahkan opera penggubah Antonio Salieri berjudul Europa riconosciuta.

Rumah opera yang terdahulu, Teatro Ducale, musnah dijilat api pada Februari 25, 1776 selepas menyambut sebuah gala karnival. Oleh itu, sekumpulan dari sembilan puluh orang-orang kaya Milan, yang memiliki palchi (kotak tempat duduk peribadi) di teater tersebut menulis surat kepada Archduke Ferdinand I dari Austria memohon agar sebuah rumah opera sementara dibina sehingga teater yang baru siap dibina. Seorang arkitek neo-klasikal Giuseppe Piermarini merangka pelan reka bentuk namun ditolak oleh Count Firmian (seorang governor Austria).

Pelan reka bentuk yang kedua diluluskan pada tahun 1776 oleh Maharani Maria Theresa dari Austria. Teater yang baru ini dibina di tapak lama gereja Santa Maria della Scala, yang mana rumah opera ini mendapat namanya.

Rancangan asal untuk menjadikan teater ini sebagai sementara kini bertukar kepada rumah opera yang bersejarah, terkenal dan kekal sehingga ke hari ini.

Teatro alla Scala

Konduktor dan Pengarah muzik[sunting | sunting sumber]

Tiada Pengarah muzik dari 1956 hingga 1968
  • Guido Cantelli, (1956) (Meninggal dunia dalam nahas kapal terbang, seminggu selepas perlantikan beliau)
  • Carlo Maria Giulini, (1953 - 1956)
  • Victor de Sabata, (1930 - 1953)
  • Arturo Toscanini, (1921 - 1929)
Teatro alla Scala ditutup dari 1918 hingga 1920

Persembahan pembukaan opera ternama[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Verdi, Giuseppe; Arrigo Boito, Marcello Conati, Mario Medici (1994). The Verdi-Boito Correspondence. trans. William Weaver. University of Chicago Press. m/s. 42. ISBN 0226853047. http://books.google.com/books?vid=ISBN0226853047&id=GmKbbB79GwoC&pg=PA42&lpg=PA42&vq=faccio&sig=5M6OkBA88IqZ3HtXT7sucOdeS58. 

Buku rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Beauvert, Thierry, Opera Houses of the World, New York: The Vendome Press, 1995

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 45°28′04″N, 9°11′19″E