Tekken

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Francais Tekken
Tekken
Lambang siri Tekken
Genre Berlawan
Pembangun Namco
Penerbit Namco (Namco Bandai)
Platform Arked, PlayStation, Wonder Swan, PlayStation 2, Game Boy Advance, PlayStation Portable, PlayStation Network, PlayStation 3, Xbox 360, Playstation Vita, Windows, Nintendo 3DS, Wii U, iOS
Platform asal Arked
Keluaran pertama Tekken
9 Disember 1994
Keluaran terkini Tekken Tag Tournament 2
14 September 2011
Laman web rasmi http://tekken.namco.com/

Tekken ialah francais permainan video berlawan yang dihasilkan dan dibangunkan oleh Namco. Bermula dari permainan arked Tekken asal yang dilancarkan pada tahun 1994, siri ini menerima beberapa sekuel, serta pelbagai spinoff dilancarkan untuk konsol. Cerita dalam setiap permainan dalam siri utama mendokumenkan peristiwa dalam pertandingan seni mempertahankan diri fiksyen, The King of Iron Fist Tournament, yang dianjurkan oleh syarikat Mishima Zaibatsu. Bentuk hadiah biasanya menjadi kawalan syarikat tersebut, yang mana membolehkan pemenang untuk anjurkan pertandingan berikutnya.

Versi arked asalnya menggunakan perkakasan berasaskan PlayStation untuk menjalankan permainan, dan setiap pemasangan Tekken yang berikutnya dibuat untuk port Playstation masing-masing.

Permainan[sunting | sunting sumber]

Permainan yang pertama, Tekken, dilancarkan pada tahun 1994 untuk arked dan kemudiannya untuk PlayStation. Dua sekuel, Tekken 2 dan Tekken 3, dilancarkan dengan gaya yang sama pada tahun 1996 dan 1998. Tekken 3 juga dilancarkan sebagai Tekken Advance, untuk Game Boy Advance pada tahun 2001. Pada tahun 2000, sebuah spin-off telah dilancarkan dengan nama Tekken Tag Tournament. Berbeza dengan permainan sebelum ini, Tekken Tag Tournament dilancarkan untuk PlayStation 2 dan mempunyai perlawanan dua lawan dua. Versi naik taraf permainan yang berjudul Tekken Tag Tournament HD akan disertakan ke dalam CD Tekken Hybrid, yang juga menyertakan filem 3D, Tekken: Blood Vengeance, pelancaran ditetapkan pada Disember 2011.

Dua sekuel berikutnya, Tekken 4 dan Tekken 5, juga dilancarkan untuk PlayStation 2 pada tahun 2002 dan 2004, berikutan pelancarannya untuk arked. Versi PlayStation Portable dan PlayStation 3 untuk Tekken 5: Dark Resurrection yang diberi tajuk baru iaitu Tekken: Dark Resurrection, dilancarkan di Jepun dan Amerika Syarikat pada musim panas 2006. Versi Eropah dilancarkan pada 15 September 2006. Versi online untuk Tekken 5: Dark Resurrection juga telah dilancarkan pada tahun 2007 untuk PlayStation Network. Tekken 6 asalnya dilancarkan untuk arked pada tahun 2007, dan versi update berjudul Tekken 6: Bloodline Rebellion dilancarkan pada tahun 2008. Tahun berikutnya, update tersebut dilancarkan untuk PlayStation 3, PlayStation Portable dan Xbox 360 dengan nama Tekken 6. Tekken Tag Tournament 2, iaitu sekuel untuk Tekken Tag Tournament dilancarkan pada 14 September 2011 untuk arked Jepun.

Namco dan Capcom bekerjasama mengerjakan Street Fighter X Tekken dan Tekken X Street Fighter, permainan gabungan untuk francais Tekken dan Street Fighter. Street Fighter X Tekken dibangunkan oleh Capcom dan merangkumi gaya permainan 2D seperti dilihat pada Street Fighter IV, sementara Tekken X Street Fighter dibangunkan oleh Namco dan merangkumi mekanikal permainan daripada Tekken 6.

Tekken Card Challenge juga dilancarkan untuk gameboy Jepun iaitu Wonder Swan. Nina Williams ialah watak utama dalam sebuah permainan spin-off aksi-pengembaraan, Death by Degrees, dilancarkan untuk PlayStation 2 pada tahun 2005. Dua permainan Tekken yang baru juga telah diumumkan untuk Nintendo 3DS dan Nintendo Wii U. Pocket Gamer telah mengesahkan bahawa Tekken Resolute akan dilancarkan untuk telefon bimbit dan Tekken Bowl akan tiba untuk sistem operasi iOS. Permainan untuk sistem operasi iOS tidak termasuk dalam genre permainan berlawan, sebaliknya sebuah permainan mini boling dari Tekken Tag Tournament.

Kemunculan di permainan lain[sunting | sunting sumber]

Elemen[sunting | sunting sumber]

Seperti permainan berlawan yang lain, pemain memilih watak dari sebuah barisan, dan bersemuka dalam pertempuran jarak dekat dengan lawan. Tekken berbeza dengan permainan pertempuran jarak dekat yang lain. Permainan berlawan yang asal selalunya dimainkan dengan butang yang sepadan dengan kekuatan serangan, seperti tumbukan kuat (strong punch) atau tendangan lemah (weak kick). Namun, Tekken menyesuaikan butang kepada setiap anggota badan pahlawan tersebut, membolehkan pemain mempelajari serangan istimewa dengan lebih senang.

Siri Tekken menggunakan butang yang berbeza untuk bahagian kanan dan kiri, menghasilkan empat butang. Trademark lain adalah seperti throw escape dan bermula dari Tekken 2, auto-sekat (autoblock). Tekken 3 memperkenalkan kebolehan untuk bergerak ke latar depan atau latar belakang, digelar sebagai "sidestepping." Tekken 3 juga mengurangkan masa pemulihan selepas dijatuhkan berbanding daripada permainan sebelumnya dan setiap permainan selepas itu memasukkan gulingan (roll) untuk pulih serta merta selepas jatuh ke tanah, membolehkan pemain kembali berlawan dan bukannya menekan butang.

Watak[sunting | sunting sumber]

Tekken terkenal dan dipuji untuk gambaran dan stail wataknya. Pemain boleh memilih watak daripada pelbagai latar belakang dan gaya berlawan. Beberapa watak berasal dari alam ghaib, seperti Devil dan Ogre, sementara watak binatang seperti Roger Jr. dan Kuma memberikan lawak komik (comic relief).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]