Televisyen rompak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Televisyen rompak atau televisyen lanun ialah gelaran bagi siaran televisyen yang dikendalikan tanpa kebenaran atau lesen daripada kerajaan. Seperti rakan sejawatnya radio rompak, istilah TV rompak tidak memiliki tafsiran sejagat khusus. Ia membayangkan bentuk penyiaran yang tidak diingini oleh pihak berkuasa dalam kawasan di mana mereka menerima isyaratnya, terutama apabila negara stesen penghantaran sama dengan negara penerima. Apabila kawasan penyiaran bukan negara, atau apabila ia merupakan negara dan bukan penghantaran haram, penyiaran ini masih boleh dianggap haram di negara lain di mana siaran tersebut diterima, jadi "televisyen rompak" boleh bererti banyak benda untuk banyak orang. Stesen TV rompak juga boleh dikenali sebagai "televisyen haram", atau dikelirukan dengan perkhidmatan LPTV atau televisyen amatur berlesen atau stesen televisyen baru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen TV rompak tidak sebanyak stesen radio rompak di Amerika Syarikat atau United Kingdom. Hanya sejak 2004 ada lebih banyak teknologi yang sedia untuk digunakan menghasilkan siaran TV rompak dan lebih mudah untuk beroperasi. Stesen TV rompak yang pertama diketahui di Amerika Syarikat telah bersiaran selama 2 malam pada April 1978 dari Syracuse di New York pada Channel-7. Ia disebut "Lucky 7" dan menyiarkan beberapa episod siri Star Trek dan film porno Deep Throat. Stesen pemancar ini dilaporkan dibina oleh seorang lelaki daripada bahagian penguat gitar dan disiarkan dengan menyambung kepada antena stesen radio kampus Universiti Syracuse. Tidak disebutkan apa sumber kepada video dan audio, tetapi VCR baru sahaja boleh didapati di pasaran ketika itu. Rencana pendek mengenai stesen TV rompak ini ada disiarkan di akhbar New York Times.