Tempoh Antara Glasier Terakhir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dua rekod suhu teras ais; Tempoh Antara Glasier Terakhir berada pada kedalaman kira-kira 1500–1800 meter pada graf di kedudukan bawah rajah ini
Kepekatan CO2 sepanjang 400,000 tahun yang lalu.

Tempoh Antara Glasier Terakhir, juga dikenali sebagai tempoh Eem (terutamanya digunakan dalam konteks Eropah) serta nama lain (termasuk tempoh Sangamon, tempoh Ipswich, tempoh Mikulino, tempoh Kaydaky, tempoh Valdivia dan tempoh Riss-Würm) ialah tempoh antara glasier yang bermula kira-kira 130,000 tahun lalu pada penghujung Tempoh Glasier Penultima dan berakhir kira-kira 115,000 tahun yang lalu pada permulaan Tempoh Glasier Terakhir.[1] Ia berpadanan dengan Isotop Marin Peringkat 5e.[2] Ia merupakan tempoh antara glasier kedua terkini pada Zaman Air Batu semasa, manakala tempoh antara glasier yang terkini ialah epok Holosen yang berlanjutan sehingga ke hari ini (yang mengikuti tempoh glasier terakhir). Semasa Tempoh Antara Glasier Terakhir, kadar CO2 di atmosfera adalah kira-kira 280 bahagian per juta.[3] Tempoh Antara Glasier Terakhir adalah salah satu tempoh paling panas sepanjang 800,000 tahun yang lalu, dengan suhu yang setanding dengan dan pada masa yang lebih panas (sehingga mencecah purata 2 darjah Celsius) berbanding tempoh antara glasier Holosen kontemporari,[4][5] dengan paras laut maksimum pada 6 hingga 9 meter lebih tinggi berbanding zaman sekarang, dengan isi padu ais global mungkin juga lebih rendah berbanding tempoh antara glasier Holosen.[6]

Tempoh tersebut adalah berada pada era Paleolitik Pertengahan dan berkaitan dengan evolusi manusia beranatomi moden, yang hadir di kawasan Asia Barat (hominin Skhul dan Qafzeh) serta di kawasan Selatan Afrika pada masa kini, mewakili perpecahan terawal populasi manusia moden yang berterusan sehingga kini (dikaitkan dengan haplogroup mitokondria L0).[7]

Permukaan hakisan tempoh antara glasier terakhir pada terumbu karang terfosil di Great Inagua, Bahamas. Latar hadapan menunjukkan batu karang terpotong oleh hakisan; di belakang ahli geologi itu merupakan tiang karang pasca hakisan yang tumbuh di permukaan selepas paras laut naik semula.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dahl-Jensen, D.; Albert, M. R.; Aldahan, A.; Azuma, N.; Balslev-Clausen, D.; Baumgartner, M.; Berggren, A. -M.; Bigler, M.; Binder, T. (2013). "Eemian interglacial reconstructed from a Greenland folded ice core" (PDF). Nature. 493 (7433): 489–94. Bibcode:2013Natur.493..489N. doi:10.1038/nature11789. PMID 23344358. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  2. ^ Shackleton, Nicholas J.; Sánchez-Goñi, Maria Fernanda; Pailler, Delphine; Lancelot, Yves (2003). "Marine Isotope Substage 5e and the Eemian Interglacial" (PDF). Global and Planetary Change. 36 (3): 151–155. Bibcode:2003GPC....36..151S. CiteSeerX 10.1.1.470.1677. doi:10.1016/S0921-8181(02)00181-9. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-03. Dicapai pada 2014-08-07.
  3. ^ "Earth is the warmest it's been in 120,000 years". Mashable. 2018.
  4. ^ Shackleton, S.; Baggenstos, D.; Menking, J. A.; Dyonisius, M. N.; Bereiter, B.; Bauska, T. K.; Rhodes, R. H.; Brook, E. J.; Petrenko, V. V. (2020-01-02). "Global ocean heat content in the Last Interglacial". Nature Geoscience (dalam bahasa Inggeris). 13 (1): 77–81. Bibcode:2020NatGe..13...77S. doi:10.1038/s41561-019-0498-0. ISSN 1752-0894.
  5. ^ Thomas, Zoë A.; Jones, Richard T.; Turney, Chris S.M.; Golledge, Nicholas; Fogwill, Christopher; Bradshaw, Corey J.A.; Menviel, Laurie; McKay, Nicholas P.; Bird, Michael (April 2020). "Tipping elements and amplified polar warming during the Last Interglacial". Quaternary Science Reviews (dalam bahasa Inggeris). 233: 106222. Bibcode:2020QSRv..23306222T. doi:10.1016/j.quascirev.2020.106222.
  6. ^ Barlow, Natasha L. M.; McClymont, Erin L.; Whitehouse, Pippa L.; Stokes, Chris R.; Jamieson, Stewart S. R.; Woodroffe, Sarah A.; Bentley, Michael J.; Callard, S. Louise; Cofaigh, Colm Ó (September 2018). "Lack of evidence for a substantial sea-level fluctuation within the Last Interglacial". Nature Geoscience (dalam bahasa Inggeris). 11 (9): 627–634. Bibcode:2018NatGe..11..627B. doi:10.1038/s41561-018-0195-4. ISSN 1752-0894.
  7. ^ M Richards et al. in: Bandelt et al. (eds.), Human Mitochondrial DNA and the Evolution of Homo sapiens, Springer (2006), p. 233.
  8. ^ Wilson, M. A.; Curran, H. A.; White, B. (2007). "Paleontological evidence of a brief global sea-level event during the last interglacial". Lethaia. 31 (3): 241–250. doi:10.1111/j.1502-3931.1998.tb00513.x.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]