Holosen
| Subbahagian zaman Kuaternar | |||
|---|---|---|---|
| Sistem | Siri | Peringkat | Usia (Ma) |
| Kuaternar | Holosen | 0–0.0117 | |
| Pleistosen | Tarantian (Tinggi) | 0.0117–0.126 | |
| Ionian (Tengah) | 0.126–0.781 | ||
| Calabrian (Rendah) | 0.781–1.806 | ||
| Gelasian (Rendah) | 1.806–2.588 | ||
| Neogen | Pliosen | Piacenzian | lebih tua |
| Di Eropah dan Amerika Utara, Holosen dibahagi lagi kepada peringkat-peringkat Praboreal, Boreal, Atlantik, Subboreal dan Subatlantik mengikut skala masa Blytt-Sernander. Terdapat banyak subbahaguan serantau untuk Pleistosen Tinggi atau Akhir, biasanya mewakili zaman-zaman dingin (glasial) dan panas (interglasial) setempat. Zaman glasial terakhir berakhir dengan subperingkat Dryas Muda yang dingin. | |||
-
Lihat juga: Antroposen
Holosen ialah epok geologi yang bermula kira-kira 11,700 tahun dahulu[1] (10 000 tahun 14C dahulu). Mengikut pemikiran geologi kebiasaan, epok Holosen berterusan hingga hari ini. Holosen ialah sebahagian zaman-zaman Neogen dan Kuaternar periods. Nama Holosen berasal dari bahasa Yunani, iaitu ὅλος (holos, seluruh atau sepenuh) dan καινός (kainos, baru), iaitu "terkini sepenuhnya". Epok Holosen sering dikaitkan dengan zaman panas semasa, dikenali sebagai MIS 1, juga dianggap sebagai tempoh antarglasier dalam zaman ais semasa.
Am[sunting]
Ramai yang setuju bahawa Holosen bermula kira-kira 12,000 tahun SK (sebelum masa kini), iaitu sekitar tahun 10,000 SM, mengikuti tempoh pengglasieran Wisconsin (juga dikenali sebagai Zaman Ais Baltik-Scandinavia atau glasial Weichsel). Holosen juga terbahagi kepada lima selang masa atau kronozon, berdasarkan perubahan iklim:
- Praboreal (10 ka – 9 ka),
- Boreal (9 ka – 8 ka),
- Atlantik (8 ka – 5 ka),
- Subboreal (5 ka – 2.5 ka) dan
- Subatlantik (2.5 ka – kini).
- Perhatian: "ka" bererti "ribu tahun" (pentarikhan C14 tak tertentukur)
Zaman ketamadunan manusia wujud dalam zaman Holosen sahaja. Bagaimanapun, telah ditemui beberapa batang seruling yang dihasilkan kira-kira 35,000 hingga 40,000 tahun dahulu, oleh itu dianggap sebagai alat muzik terawal. Pengelasan zaman iklim Blytt-Sernander yang mula-mulanya ditentukan mengikut usia bangkai tumbuhan dalam lumut gambut, kini tinggal kepentingan bersejarah semata-mata. Skim ini ditakrifkan untuk Eropah utara, tetapi diakui bahawa perubahan iklim dialami di seluruh dunia. Zaman-zaman yang ditentukan oleh skim ini merangkumi sebilangan kecil ayunan terakhir pra-Holosen dalam zaman glasial terakhir, kemudian mengelaskan iklim-iklim prasejarah lanjutan.
Para ahli paleontologi tidak menetukan apa-apa peringkat fauna untuk zaman Holosen. Jika perlunya pembahagian lagi, maka digunakanlah zaman-zaman perkembangan teknologi manusia seperti zaman-zaman Mesolitik, Neolitik, dan Gangsa. Itupun, zaman-zaman yang dimaksudkan oleh istilah-istilah tersebut adalah berbeza-beza mengikut penciptaan teknologi-teknologi tersebut di tempat-tempat berlainan di dunia.
Dari segi iklim, zaman Holose juga boleh dibahagikan sama rata kepada zaman-zaman Hipsitermal dan Neoglasial; sempadan antaranya bersempena dengan permulaan Zaman Gangsa dalam tamadun Eropah. Pada pendapat sesetengah ilmuwan, timbulnya bahagian ketiga iaitu Antroposen yang bermula pada abad ke-18.[2]
Rujukan[sunting]
- ↑ "International Stratigraphic Chart". International Commission on Stratigraphy. http://www.stratigraphy.org/upload/ISChart2009.pdf. Capaian 2009-12-23.
- ↑ Fred Pearce (2007). With Speed and Violence. Page 21. ISBN 978-0-8070-8576-9
Pautan luar[sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Holosen |