Tenshu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tenshu di Istana kota Matsue

Tenshu (Jepun: 天守, 殿主, 殿守, Hepburn: juga dipanggil tenshukaku, 天守閣) ialah menara tengah atau menara utama istana kota Jepun. Ia adalah ciri-ciri paling jelas kelihatan bagi sesebuah istana kota Jepun. Walaupun istana-istana kota terdahulu biasanya mempunyai struktur bersifat pertahanan bagi kediaman atau pentadbiran, tenshu yang berbeza dari segi senibina pertama kali dibina semasa akhir zaman Sengoku, atau zaman Azuchi-Momoyama (1573 - 1603). Istana kota Azuchi, yang dibina antara 1576 dan 1579 oleh Oda Nobunaga, adalah istana kota Jepun yang pertama mempunyai tenshu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hinago, Motoo (1986). Japanese Castles. Kodansha International Ltd. and Shibundo. m/s. 28. ISBN 0870117661.
  • The Compact Nelson Japanese-English Dictionary, Charles E. Tuttle Company, Tokyo 1999, ISBN 4-8053-0574-6
  • Kenkyusha's New Japanese-English Dictionary, Kenkyusha Limited, Tokyo 1991, ISBN 4-7674-2015-6