Terbunuh dalam pertempuran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Terbunuh dalam pertempuran atau Killed in action (Singkatan: KIA) ialah satu klasifikasi umum kasualti yang digunakan oleh pihak tentera bagi menggambarkan kematian askar mereka sendiri ditangan pejuang musuh. Sebagai contoh, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa mereka yang diisytiharkan KIA sebenarnya tidak melepaskan tembakan tetapi telah terbunuh akibat serangan musuh. KIA tidak berlaku dari insiden seperti kemalangan kereta dan kejadian "bukan permusuhan" atau unsur keganasan yang lain. KIA boleh digunakan untuk tentera darat barisan hadapan dan untuk tentera laut, udara dan askar sokongan.

Tambahan lagi, KIA menandakan seorang itu telah terbunuh dalam pertempuran di medan perang manakala mati akibat cedera (DOW) berkaitan dengan seseorang yang terselamat sebelum sampai ke tempat rawatan perubatan. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga menggunakan DWRIA, bukannya DOW, bagi "died of wounds received in action" (mati akibat cedera dalam pertempuran). Bagaimanapun, mengikut sejarah, pihak tentera dan sejarawan telah menggunakan akronim yang pertama.

KIFA bermaksud "killed in flight accident" (terkorban dalam kemalangan udara). Istilah ini digunakan untuk kakitangan yang terbunuh akibat kemalangan kapal terbang yang bukan dari tindakan musuh.

Definisi NATO[sunting | sunting sumber]

NATO mentakrifkan mangsa pertempuran apabila seorang askar terbunuh serta merta atau askar yang mati akibat luka parah atau kecederaan lain sebelum sampai ke tempat rawatan perubatan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]