Teriyaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Teriyaki ayam

Teriyaki (照り焼き, てりやき?) adalah cara memasak makanan Jepun yang dipanaskan atau dipanggang di atas kuali besi yang rata untuk memanggang dengan menggunakan sos teriyaki (tare). Sos teriyaki diperbuat daripada kicap (shōyu), sake untuk memasak, dan gula pasir dengan kadar 1:1:1.

Perkataan teriyaki berasal dari perkataan teri yang bermaksud bersinar (kerana mengandungi gula), dan perkataan yaki iaitu dibakar atau dipanggang. Sewaktu sedang membuat teriyaki, bahan-bahan makanan yang akan dipanggang dicelup dan diperap dengan sos teriyaki buat beberapa kali hingga betul-betul masak. Di Jepun, bahan yang banyak dipakai dalam masakan teriyaki adalah ikan yang yang banyak daging (tongkol, makarel, trout, marlin), sedangkan di luar Jepun digunakan berbagai jenis daging (ayam, lembu, babi), atau sotong ataupun bahan daripada ubi konnyaku.