Thai Cave Rescue

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Thai Cave Rescue
PenciptaMichael Russell Gunn
Dana Ledoux Miller
PengarahKevin Tancharoen
Nattawut Poonpiriya
Negara asalThailand
Amerika Syarikat
BahasaThai
Inggeris
Bilangan episod6
Penerbitan
Penerbit eksekutifKevin Tancharoen
Nattawut Poonpiriya
Jon M. Chu
John Penotti
Syarikat pengedaran
Netflix

Thai Cave Rescue (Bahasa Thai: ถ้ำหลวง: ภารกิจแห่งความหวัง; "Tham Luang: Misi Harapan") ialah siri drama 6 episod yang diterbitkan oleh Netflix, diarahkan oleh Kevin Tancharoen dan Nattawut Poonpiriya.[1] Ia dikeluarkan pada 22 September 2022.[2][3] Di Thailand, siri ini juga disiarkan di Saluran 3 tempatan.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Siri ini berdasarkan peristiwa penyelamatan gua Tham Luang yang berlaku di Taman Negara Tham Luang-Khun Nam Nang Non pada bulan Jun-Julai 2018, di mana 12 orang ahli pasukan bola sepak remaja Wild Boars dan penolong jurulatih mereka diselamatkan daripada sistem gua Tham Luang Nang Non yang dibanjiri air.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Papangkorn Rerkchalermpoj sebagai Jurulatih Eak
  • Thaneth Warakulnukroh sebagai Gabenor Narongsak Osottanakorn
  • Supakorn Kitsuwon sebagai Saman Gunan
  • Bloom Varin sebagai Kolonel Bhak Loharjun
  • Urassaya Sperbund sebagai Kelly, pakar hidrologi Thai-Amerika[4]
  • Manassanan Panlertwongsakul sebagai Pim, seorang renjer taman[5]
  • Christopher Stollery sebagai Rick Stanton
  • Nicholas Farnell sebagai John Volanthen
  • Rodger Corser sebagai Richard Harris
  • Damon Herriman sebagai Craig Challen
  • Nicholas Bell sebagai Vern Unsworth
  • Arisara Wongchalee[1]
  • Tassarin Punphae[1]
  • Kenneth Won sebagai Jirasak, seorang ahli geologi

Dua belas ahli pasukan bola sepak Wild Boars dimainkan oleh Pratya Patong, Songpol Kantawong, Chakkapat Sisat, Thanawut Chetuku, Teeraphat Somkaew, Thanaphong Kanthawong, Thanapat Phungpumkaew, Aphisit Yookham, Watcharaphol Puangsawan, Thapanot Huttapasu, Apisit Saengchanke, dan Apisit Saengchanke.[5]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pada 2019, Netflix menerima hak daripada 13 Tham Luang Company Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk mengawasi hak cerita ahli-ahli pasukan bola sepak Wild Boars yang diselamatkan, untuk menghasilkan siri ini.[1] Walaupun terdapat beberapa filem yang dihasilkan berkaitan peristiwa itu, Thai Cave Rescue adalah satu-satunya produksi yang diberikan akses kepada ahli Wild Boars, dan memaparkan perspektif mereka tentang pengalaman pahit mereka.[2]

Pada 23 Ogos 2021, pasukan produksi siri tiba di Tham Luang-Khun Nam Nang Non di Wilayah Chiang Rai untuk membuat persiapan penggambaran. Penggambaran telah dijalankan di rumah sebenar ahli-ahli pasukan dan di dalam gua itu sendiri.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Thai Cave Rescue ซีรีส์ช่วย 13 ชีวิตทีมหมูป่าจาก Netflix เปิดรายชื่อนักแสดงนำ ญาญ่า อุรัสยา, บีม ปภังกร, เอก ธเนศ ฯลฯ
  2. ^ a b Frater, Patrick (2022-07-27). "Netflix 'Thai Cave Rescue' Series Sets September Release, Claims Maximum Authenticity Amid Similar Projects". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-27.
  3. ^ Whittock, Jesse (2022-07-27). "Netflix Sets September 22 Launch Date For 'Thai Cave Rescue' Drama Series". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-27.
  4. ^ Knox, David (2021-10-13). "Netflix casts Thai Cave Rescue drama". TV Tonight (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-08-19.
  5. ^ a b c Knox, David (2022-07-28). "Airdate: Thai Cave Rescue". TV Tonight (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-08-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]