Thanaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang gadis berlumur thanakha di Mandalay, Myanmar.

Thanakha (Bahasa Burma: သနပ်ခါး; MLCTS: sa.nap hka:; disebut [θənəkʰá]) adalah sapuan putih kekuningan diperbuat daripada kulit kayu yang khusus dalam kalangan masyarakat Myanmar terutamanya untuk kaum wanita.[1][2][3]

Krim ini dilumurkan pada wajah (seperti di pipi, hidung, atau kening) dengan pelbagai corak yang menarik tetapi yang paling lazimnya corak melingkar atau corak tulang daun. Sapuan ini digunakan umumnya untuk merias dan memuluskan wajah, malah juga diyakini dapat menyejukkan wajah sambil memberi perlindungan daripada selaran matahari[1] dan membantu menghilangkan jerawat.

Penggunaan thanaka telah ujud selama lebih dari 2.000 tahun,[4] bahkan juga merebak kepada negara-negara jiran termasuk Thailand.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Karya sastra pertama yang menyebutkan keberadaan thanakha adalah sebuah puisi abad ke-14 yang ditulis oleh pasangan Raja Razadarit yang berbahasa Mon.[5] Thanakha juga disebutkan dalam karya biksu-penyair Myanmar dari abad ke-15, Shin Raṭṭhasāra (1486-1529).

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Kayu Thanakha (Hesperethusa crenulata) yang dijual di pasar.

Sapuan Thanakha dibuat dengan menggiling kulit kayu atau akar[2] pokok tertentu yang dicampurkan dengan sedikit air[6] atas batu giling khas yang disebut kyauk pyin.[4] Bahan mentah ini diperoleh daripada berbagai jenis kayu tumbuhan saka yang tumbuh subur di kawasan Myanmar tengah. Pohon-pohon ini meliputi Murraya spp. (thanakha)[2] dan juga belinggai (Limonia acidissima, nama setempat: theethee).[6] Dua kayu pohon yang paling populer adalah kayu Shwebo thanakha dari Wilayah Sagaing dan Shinmadaung thanakha dari Wilayah Magway. Kayu yang baru-baru digemari untuk dijadikan thanakha adalah Maukme thanakha dari selatan Negeri Shan. Pokok-pokok yang layak dipakai sebagai bahan mentah ini hendaklah ditentukan berusia paling tidak 35 tahun sebelum dianggap layak untuk menghasilkan potongan bermutu tinggi.

Lumuran ini memiliki bau harum yang agak mirip dengan kayu cendana.[2][7]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Bedak sejuk - lumuran berperanan sama dalam masyarakat Melayu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Streissguth, Thomas (2007). Myanmar in Pictures. Twenty-First Century. m/s. 44, 73. ISBN 0-8225-7146-3. Dicapai pada 2008-01-21.
  2. ^ a b c d Mabberley, D J (1997). The Plant-Book: A Portable Dictionary of the Vascular Plants. Cambridge University Press. m/s. 470. ISBN 0-521-41421-0. Dicapai pada 2008-01-21.
  3. ^ Kemp, Charles & Lance Andrew Rasbridge (2004). Refugee and Immigrant Health: A Handbook for Health Professionals. Cambridge University Press. m/s. 98. ISBN 0-521-53560-3. Dicapai pada 2008-01-21.
  4. ^ a b Moe, J. "Thanakha withstands the tests of time". Mizzima News, 17 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2008. Dicapai pada 2008-12-06.
  5. ^ Yeni (5 August 2011). "Beauty That's More Than Skin Deep". The Irrawaddy. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2011. Dicapai pada 7 August 2011.
  6. ^ a b Köllner, Helmut & Axel Bruns (1998). Myanmar (Burma). Hunter Publishing. m/s. 18. ISBN 3-88618-415-3. Dicapai pada 2008-01-21.
  7. ^ Baker, William & Ira Bruce Nadel (2004). Redefining the Modern. Fairleigh Dickinson University Press. m/s. 24. ISBN 0-8386-4013-3. Dicapai pada 2008-01-21.